Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini. 

Pada penutup, kontrak Disember 2025 menurun setengah mata kepada 1,631.0, kontrak Januari 2026 susut 1.5 mata kepada 1,632.5, kontrak Mac 2026 merosot setengah mata kepada 1,615.0 dan kontrak Jun 2026 jatuh 1.5 mata kepada 1,619.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,064 lot berbanding 8,867 lot yang dicatatkan pada Isnin, manakala kepentingan terbuka melemah kepada 43,109 kontrak daripada 45,050 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI menambah 6.03 mata atau 0.37 peratus kepada 1,630.60 daripada 1,624.57 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA