BERITA TERKINI   Amaran hujan berterusan tahap waspada libatkan beberapa kawasan di Sarawak berkuat kuasa sehingga Sabtu ini - MetMalaysia | 

Terdapat 652 berita berdasarkan kata kunci carian " yakin"

Kumpulan CIMB Umum Peralihan Kepimpinan Di Singapura

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd telah mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Novan Amirudin akan memegang jawatan sebagai pemangku CEO Pasaran Pertumbuhan di CIMB Singapura berikutan peletakan jawatan Victor Lee Meng Teck.

Farm Fresh Yakin Pertumbuhan Keuntungan Dengan Pengembangan Di Pasaran Asean

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Pakar produk tenusu yang berpangkalan di Johor, Farm Fresh Bhd kekal yakin terhadap pertumbuhan keuntungannya pada tahun depan disokong oleh kemajuan yang stabil dalam projek tempatan dan luar negara.

Bina Puri Meterai MoU Dengan Hanil Electric, Sasar Projek Kilang US$50 Juta Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bina Puri Holdings Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pengeluar peralatan isi rumah Korea Selatan, Hanil Electric Co Ltd, termasuk potensi membangunkan kilang pembuatan Hanil bernilai US$50 juta (RM220 juta) di Sarawak.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Keputusan Dasar BNM Hari Ini

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis apabila pelabur menantikan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini berkenaan dengan kadar faedah, dengan kebanyakan pihak menjangkakan pembuat dasar itu mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Positif Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum kenaikannya pada dagangan tengah hari ini susulan aktiviti belian berterusan walaupun pasaran serantau kebanyakannya mencatat prestasi negatif.

Malaysia Sedia Jadi Rakan Kongsi Utama China - Tengku Zafrul 

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Malaysia bersedia menjadi rakan kongsi utama China, disokong dengan pelbagai inisiatif seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Bursa Malaysia Dijangka Uji Psikologi 1,600 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkat minggu depan, menguji paras psikologi 1,600 selepas melepasi paras tersebut pada Isnin lepas (25 Ogos).

CIMB Kekal Optimis Capai Sasaran Kewangan 2025 Berpandukan ROE 11 Hingga 11.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd kekal yakin dapat mencapai sasaran kewangan bagi setahun penuh 2025 berpandukan pulangan atas ekuiti (ROE) antara 11 hingga 11.5 peratus.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan berikutan aktiviti pengambilan untung disebabkan kekurangan pemangkin tempatan baharu walaupun prestasi Wall Street semalaman adalah positif.

Kadar SAC Dan CAC Diselaras, Pacu Akses Bekalan Elektrik Hijau Pengguna Korporat

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menetapkan supaya kadar Caj Akses Sistem (SAC) dan Caj Akses Komuniti (CAC) untuk Tempoh Regulatori Ke-4 diselaraskan, seiring dengan pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang lebih telus dan progresif.

Felda Umum FGV Keluar Bursa Malaysia Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) --  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memaklumkan bahawa FGV Holdings Bhd (FGV) telah secara rasmi keluar daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd berkuatkuasa pada 9 pagi, hari ini.

MITI Yakin ASEAN Akan Capai Persetujuan Penuh Muktamadkan DEFA Akhir Tahun Ini -Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin ASEAN akan mencapai persetujuan penuh untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) pada penghujung tahun ini.