Terdapat 195 berita berdasarkan kata kunci carian " minyak dan gas "

Two Offshore Marine, Databayu Bekerjasama Tingkat Perkhidmatan O&G Luar Pesisir

MIRI, 20 Jan (Bernama) -- Two Offshore Marine Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan dan penyelesaian luar pesisir yang sepenuhnya milik Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan Databayu Enterprise Sdn Bhd iaitu penyedia perkhidmatan katering luar pesisir, logistik dan sokongan yang dikenali.

PM Anwar Percaya Isu Petronas, Petros Sudah Selesai

Daripada Kamarul Ariffin Md Yassin

ABU DHABI, 14 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya  isu berkaitan Petronas dan Petros mengenai hak pengagihan gas di Sarawak telah diselesaikan menerusi beberapa siri rundingan termasuk pertemuan beliau dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Saham Yinson Digantung Bagi Pengumuman Penting

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Dagangan saham Yinson Holdings Bhd digantung mulai jam 9 pagi pada Selasa (14 Jan, 2025) sementara menunggu pengumuman daripada firma infrastruktur tenaga itu.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi diterajui oleh kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Meskipun Pasaran Semalaman AS Alami Penurunan

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat, walaupun pasaran Amerika Syarikat (AS) mengalami penurunan dalam tempoh semalaman.

EPIC Berhad Raih Kontrak Utama Daripada Petronas, Komited Perkukuh Perniagaan Minyak Dan Gas

KUALA TERENGGANU, 2 Jan (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) melalui anak syarikatnya EPIC OG Sdn Bhd (EOGSB) berjaya meraih kontrak utama selama lima tahun daripada anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Berhad, Petronas Carigali Sdn Bhd.

Maybank IB Unjur Harga Minyak Mentah US$70 Setong Pada 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan harga minyak mentah Brent tidak menentu dan lebih lemah tahun ini iaitu pada purata US$70 setong berbanding US$80 setong tahun lepas.

Petronas Buat Semakan Produktiviti Untuk Melestari Operasi, Hapus Ketidakcekapan

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menjalankan semakan menyeluruh terhadap produktivitinya bagi menyelaraskan kaedah kerjanya, menghapuskan ketidakcekapan serta memberi tumpuan kepada usaha yang memberi nilai dan boleh diukur.

Pelaburan Berimpak Tinggi Di Sogip Dijangka Beroperasi Pada 2026, 2027 - Hajiji

SIPITANG, 28 Dis (Bernama) -- Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

PNB Kekal Optimis Terhadap Ekonomi Malaysia, Prestasi FBM KLCI Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) kekal optimis mengenai prospek ekonomi Malaysia dan bursa tempatan pada tahun depan, antara lain didorong oleh dasar ekonomi yang jelas dan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan.

VentureTECH, MTC Orec Bekerjasama Pacu Projek Biometana Di Malaysia

PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) -- VentureTECH Sdn Bhd (VentureTECH) dan MTC Orec Sdn Bhd (MTC Orec) menjalin kerjasama strategik bagi memacu pembangunan loji biometana MTC Orec, sekali gus memperkukuh komitmen terhadap pertumbuhan mampan serta inovasi tenaga boleh baharu (TBB).

Pelabur Asing, Tempatan Daripada Pelbagai Sektor Industri Tunjuk Minat Melabur Di Labuan - Dr Zaliha

LABUAN, 19 Dis (Bernama) -- Terdapat ramai pelabur asing dan tempatan daripada pelbagai sektor industri telah menunjukkan minat untuk melabur di Labuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa.