BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong titah UTM jalankan kajian pengaruh media sosial terhadap murid, pelajar - Istana Negara  | Raja Permaisuri Agong pandang serius kes rogol di sekolah, titah rujuk modul kempen TinDak wujudkan persekitaran sekolah selamat - Istana Negara | Kes tikam pelajar perempuan: Pentadbir sekolah akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah hingga siasatan selesai - KP KPM | KPM bekerjasama rapat dengan PDRM bagi perkukuh pemantauan keselamatan di sekolah seluruh negara - KP | KPM tidak anggap kes tikam pelajar dan salah laku seksual sebagai kes terpencil - KP | 

Saham Yinson Digantung Bagi Pengumuman Penting

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Dagangan saham Yinson Holdings Bhd digantung mulai jam 9 pagi pada Selasa (14 Jan, 2025) sementara menunggu pengumuman daripada firma infrastruktur tenaga itu.

Dalam dagangan sebelum ini, harganya mencecah RM2.70 sesaham manakala permodalan pasaran sebanyak RM8.66 bilion.

Menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Yinson berkata permohonan bagi penggantungan dagangan sahamnya itu dibuat di bawah subperenggan 3.1(a) Nota Amalan 2 mengenai Permintaan Penggantungan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities.

Bursa Securities telah meluluskan permintaan penggantungan sementara itu sehingga tempoh akhir dagangan pada 14 Jan, 2025.

Laporan sebelum ini menyatakan Yinson semakin hampir dalam mendapatkan pelabur untuk pusingan pembiayaan bagi cabang unitnya yang terbabit dalam pengeluaran peralatan minyak dan gas luar pesisir.

Dalam laporan itu, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), British Columbia Investment Management (BCI) dan RRJ Capital dikatakan dijangka melanggan sejumlah US$1 bilion (US$1 = RM4.50) dalam saham keutamaan boleh tukar dan boleh tebus seawal minggu ini yang akan disusuli dengan US$500 juta lagi selepas ini.

-- BERNAMA