4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd hari ini mengumumkan langkah-langkah bantuan kewangan yang mengutamakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas di samping sokongan untuk pelanggan individu di kawasan bencana banjir seluruh negara.
4bulan ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Malaysia telah melaksanakan langkah yang sewajarnya untuk menjadikan teknologi kereta hidrogen sebagai keutamaan negara dalam inisiatif tenaga bersih di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- China Shengzhiyuan Intelligent Technology Co. Ltd. menyasarkan Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur 2025 (SCEKL25) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 17 hingga 19 Sept sebagai platform untuk memperluas pasaran di Malaysia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Malaysia memperkukuh komitmen terhadap multilateralisme dengan membuka lebih banyak pasaran melalui kerjasama perdagangan dan pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- X-Fab, peneraju global dalam pembuatan semikonduktor analog/isyarat campuran dan khusus hari ini melancarkan pengembangan kemudahan pembuatan semikonduktornya di Sarawak bernilai RM3 bilion.
4bulan ago
IPOH, 12 Sept (Bernama) -- Projek hab perindustrian bersepadu Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) TechPark di Tanjong Malim dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM3.5 bilion dijangka mewujudkan kira-kira 20,000 peluang pekerjaan meliputi pelbagai peringkat kemahiran.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada Julai 2025 mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM156.4 bilion, dengan pertumbuhan lima peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Keupayaan Malaysia dalam pembuatan dan penyelenggaraan kereta api menjadi tumpuan utama pada Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs) 2025, apabila delegasi melawat SMH Rail Sdn Bhd di Klang dan M Rail Technics Sdn Bhd (Railtec) di Seremban.
4bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mesti dilihat sebagai penyelesaian barisan hadapan yang kritikal bagi melengkapkan tenaga kerja di Malaysia dengan kemahiran bagi industri pertumbuhan tinggi seperti semikonduktor, tenaga boleh baharu dan kenderaan elektrik, kata seorang pakar ekonomi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Oceancash Pacific Bhd (OPB) memeterai perjanjian langganan saham bersyarat (SSA) dengan Paragon Union Bhd untuk mengambil alih Paragon Car Carpets & Components Sdn Bhd (PCCCSB) dengan nilai RM13.42 juta.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia berkedudukan baik untuk menghadapi ketegangan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi yang lembap, dipacu oleh pasaran buruh yang teguh dan kestabilan kewangan isi rumah, menurut S&P Global Ratings.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang memuktamadkan Mekanisme Insentif Tersuai Baharu (NCM) yang menyasarkan untuk menyediakan struktur cukai dan insentif yang lebih telus dan menarik bagi memperkukuh industri automotif Malaysia.