Terdapat 1922 berita berdasarkan kata kunci carian " indeks"

Kinergy Meterai VPPA Tenaga Hidro Dengan Safran

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga mampan Kinergy Advancement Bhd memeterai perjanjian pembelian tenaga maya korporat (VPPA) dengan Safran Landing Systems Malaysia untuk memanfaatkan aset tenaga hidro bagi menyediakan bekalan tenaga hijau yang stabil dan boleh dijadualkan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari ini, mencerminkan prestasi bursa serantau yang menggalakkan dan disokong oleh sentimen positif selepas kenaikan semalaman Wall Street yang kukuh.

Kenanga IB Jangka FBM KLCI Cecah Paras 1,840 Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berpotensi mencecah paras 1,840 tahun ini.

Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia Naik 4.8 Peratus Pada Disember 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia berkembang 4.8 peratus tahun ke tahun pada Disember 2025, didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam pengeluaran sektor pembuatan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin selepas kenaikan di Wall Street dan pasaran utama Asia didorong indeks meningkat semula dengan ketara selepas jualan dicatatkan minggu lepas, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS Didorong Sentimen Global Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen global yang bercampur-campur mengehadkan kenaikan manakala pelabur menilai perkembangan politik dan pergerakan mata wang utama.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dengan Belian Saham Murah Terpilih Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan aktiviti pembelian saham murah terpilih walaupun tanpa keadaan teknikal terlebih jual, susulan tiga sesi penurunan berturut-turut, kata seorang ahli ekonomi.

Ringgit Diunjur Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Antara RM3.95 Dan RM3.96 Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil sekitar RM3.95 hingga RM3.96 minggu depan berikutan pasaran menunggu lebih banyak pemangkin termasuk data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan datang.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan.

Bursa Malaysia Ditutup Paras Tertinggi Harian Disokong Aktiviti Belian Saat Akhir

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih dengan ditutup pada paras tertinggi harian pada Jumaat, didorong oleh aktiviti belian pada saat akhir dalam kaunter wajaran tinggi terpilih.

Data Ekonomi Akan Datang Dijangka Menyokong Tinjauan Pertumbuhan - Kenanga Investment

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Data domestik akan datang, termasuk Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI), data buruh, jualan runcit dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku keempat, dijangka mengukuhkan naratif pertumbuhan sokongan Malaysia, kata Kenanga Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan penurunan pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor produk perindustrian dan perkhidmatan, pengangkutan dan logistik serta perkhidmatan kewangan.