Terdapat 242 berita berdasarkan kata kunci carian " afrika"

Tarif AS Tidak Jejas Harga Komoditi Eksport Sawit

TAWAU, 10 April (Bernama) -- Kadar tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas 90 negara termasuk Malaysia dilihat tidak begitu menjejaskan harga komoditi eksport negara terutamanya minyak sawit, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

Saranan PM Anwar Tidak Laksana Tarif Balas Adalah Langkah Bijak - Rais Hussin

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Malaysia tidak melaksanakan tarif balas susulan kenaikan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) mungkin membuktikan satu langkah yang lebih bijak, kata Pengasas EMIR Research Datuk Dr Rais Hussin.

Strategi Malaysia Tangani Kejutan Tarif, Daripada Gangguan Kepada Penciptaan Semula Institusi

Oleh CW Sim

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif timbal balas ke atas Malaysia pada 2 April, 2025, ia terbukti hanya menyemarakkan kebimbangan di serata Asia Tenggara.

Kerajaan MADANI Sedang Laksana Langkah Kukuh Atasi Kesan Tarif AS - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kerajaan MADANI sedang melaksanakan langkah kukuh untuk mengurangkan kesan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Serangan Tarif Trump: Masa Untuk Asean Ambil Langkah Strategik

Oleh CW Sim 

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pada 3 April 2025, Presiden Donald Trump mengisytiharkan "Hari Pembebasan Amerika" dari White House Rose Garden dan menandatangani perintah eksekutif untuk melancarkan rejim tarif global yang lebih meluas.

British Airways, Malaysia Airlines Perluas Perkongsian Kod, Teruskan Semula Laluan Heathrow-KLIA

SEPANG, 2 April (Bernama) -- British Airways bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk memperluaskan perjanjian perkongsian kod mereka dengan menawarkan kepada pengembara lebih banyak pilihan perjalanan ke Eropah.

Malaysia Harus Ambil Peluang Perjanjian Unilateral, Bersedia Kemungkinan Kesan Perlaksanaan Tarif Trump -- Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Malaysia harus mengambil peluang ke atas segala perjanjian unilateral perdagangan bebas untuk memperluaskan lagi potensi pasaran sebagai langkah persediaan awal menghadapi sebarang kemungkinan kesan perlaksanaan tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

MAHB Akan Teroka Peluang Pesawat Jarak Jauh Eropah Tahun Ini

PERTH, 27 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyasarkan untuk menambah penerbangan jarak jauh terutama daripada syarikat penerbangan Eropah berikutan usaha Malaysia untuk memperkukuh kesalinghubungan global.

MATRADE Sasar Teroka Pasaran Sedang Pesat Membangun Bagi Tingkatkan Perdagangan Negara

KEPALA BATAS, 23 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan untuk meneroka pasaran sedang pesat membangun untuk memperkukuh dan meningkatkan perdagangan negara tahun ini.

MSM Rancang Jadikan Kilang Tanjung Langsat Pusat Eksport Gula, Teroka Pasaran Baharu

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- MSM Malaysia Holdings Bhd, pengeluar gula bertapis utama negara merancang menjadikan kilangnya di Tanjung Langsat, Johor sebagai pusat eksport dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Harga MSM Diunjur Diniagakan Antara RM4,400 Hingga RM4,600 Tan Pada Mac - MPOC

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan berubah-ubah antara RM4,400 dan RM4,600 setan pada Mac 2025, dipengaruhi oleh peningkatan persaingan daripada minyak kacang soya dan harga kompetitif di pasaran global.

Khidmat Reezal Merican Sebagai Pengerusi MATRADE Disambung Untuk Tempoh Dua Tahun Lagi

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan terus memegang tanggungjawab sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk tempoh dua tahun lagi, bermula 18 April 2025.