1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM210.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2024 berbanding RM94.76 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kerjaya Prospek Property Bhd akan meneruskan usaha pembelian tanah strategik dan meningkatkan simpanan tanahnya, dipacu kedudukan kewangan kumpulan yang kukuh dan berdaya tahan ketika ini di samping memastikan kemajuan yang lancar bagi projek pembangunan akan datang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ekonomi digital Malaysia dijangka mencecah US$31 bilion (RM138.4 bilion) dari segi nilai barangan kasar (GMV) pada 2024, meningkat 16 peratus daripada angka pada 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) mencatat sejarah dengan merekodkan perolehan suku tahunan tertinggi iaitu sebanyak RM1.032 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PetDag) naik kepada RM335.13 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2024 berbanding RM184.72 juta dalam tempoh sama pada 2023 dipacu oleh margin kukuh.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Isnin, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui oleh kaunter perkhidmatan kewangan dalam persekitaran prestasi kebanyakannya memberangsangkan di bursa serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM115.99 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024, berbanding RM86.16 juta pada suku yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- CBH Engineering Holding Bhd, penyedia perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E) menandatangani perjanjian pengunderaitan dengan Mercury Securities Sdn Bhd untuk cadangan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk insurans kesihatan peribadi di ASEAN terutamanya selepas pandemik COVID-19, kata Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Topvision Eye Specialist Bhd (Topvision) yang akan memindahkan penyenaraiannya dari Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM17.89 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (BERNAMA) -- Malaysia mengukuhkan hubungan dengan pasaran antarabangsa untuk mencegah gangguan dalam rantaian bekalan semikonduktor global terutamanya apabila lebih banyak dasar perlindungan dijangka diambil selepas kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).