5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Selepas mencatat aliran mengukuh pada sesi pagi ini, ringgit mengakhiri urus niaga dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas Rizab Persekutuan (Fed) negara maju itu bertindak mengekalkan kadar faedah utamanya.
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari pada Khamis diasak oleh sentimen serantau yang melemah walaupun optimis terhadap visi dasar strategik Malaysia di bawah pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini merupakan pemangkin untuk negara mencapai aspirasi Ekonomi MADANI.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, Julai 31 (Bernama) -- Kerajaan MADANI mengorak hala tuju dasar negara dengan berani dan tuntas menerusi penggubalan kerangka Ekonomi MADANI yang berpaksikan kepada kemampanan, kesejahteraan rakyat serta tatakelola berintegriti.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Usaha mereformasikan industri semikonduktor tempatan dan mencergaskan industri perkhidmatan global bernilai tinggi merupakan antara tumpuan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sebagai langkah memperkukuh kerencaman ekonomi negara.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menggiatkan pelaksanaan pelan strategik utama dalam kerangka Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk merangsang pertumbuhan industri pertumbuhan tinggi nilai tinggi dan sektor strategik.
5bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pelaksanaan usaha konsolidasi fiskal dijangka dapat mengurangkan defisit fiskal kepada di bawah tiga peratus dan memastikan paras hutang tidak melebihi 60 peratus kepada Anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Ekonomi biru akan terus diperkasakan menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dari 2026 hingga 2030 dengan nilai industri perkhidmatan pembekalan bahan api kapal disasarkan mencecah RM19.4 bilion menjelang 2030 berbanding RM14.5 bilion pada 2024.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara disasarkan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dari 2026 hingga 2030, diterajui permintaan domestik, terutamanya penggunaan dan pelaburan swasta.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk bangkit sebagai peneraju ekonomi Asia dengan identiti tersendiri berasaskan budaya dan hikmah Timur, sekali gus muncul sebagai negara berpendapatan tinggi dan tergolong dalam 30 ekonomi utama dunia menjelang 2030.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan memberi penekanan kepada pertumbuhan industri strategik dalam ekonomi biru yang mampan dan berdaya saing dengan fokus merangkumi hab perikanan bersepadu, pelancongan pantai dan maritim, teknologi berasaskan bio biru serta hab ekonomi biru di Sabah.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040) yang bertujuan mentransformasi sektor air kepada sektor ekonomi yang dinamik akan diteruskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.