1tahun ago
LABUAN, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM50 juta untuk perbelanjaan mengurus bagi Labuan di bawah Belanjawan 2025, mengekalkan jumlah yang sama seperti Belanjawan 2024, dengan RM32.917 juta dikhaskan bagi tujuh projek pembangunan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan para pemegang sahamnya (Konsortium) hari ini mengumumkan hasrat untuk mengemukakan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat bagi semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada RM11 sesaham, mencerminkan nilai ekuiti berjumlah RM18.4 bilion.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- PMB Investment Bhd dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mewujudkan kerjasama strategik yang bertujuan mengembangkan peluang-peluang dalam pelaburan patuh syariah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (Public IB) menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus bagi tahun itu dalam persekitaran cabaran ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
KUCHING, 23 Okt (Bernama) -- Prudential Assurance Malaysia Bhd (PAMB) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan Konvensyen Kewangan Siswazah Sarawak baru-baru ini untuk meningkatkan celik kewangan dalam kalangan siswazah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Kerajaan diminta memberi pencerahan yang terperinci berhubung caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pekerja asing seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan bercadang memperkenalkan cukai dividen sebanyak dua peratus ke atas pendapatan bercukai dividen selepas mengambil kira pelepasan dan potongan yang dibenarkan, berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan merangka pelbagai langkah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk menerusi bantuan tunai program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang melibatkan peruntukan RM8 bilion dan memanfaatkan 8.5 juta penerima tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Foodpanda Malaysia berharap kerajaan akan mengekalkan pembiayaan berfokus kepada pekerja-pekerja gig dalam Belanjawan 2025 seperti yang diperuntukkan dalam belanjawan sebelum ini bagi membantu mereka berkembang maju.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Struktur gaji rendah di Malaysia menjadi antara faktor utama yang menyebabkan jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi.