BERITA TERKINI   Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu | Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$119.9 bilion pada 13 Jun, 2025, berbanding US$119.60 bilion yang dicatatkan pada 30 Mei 2025 | Penapis, pengilang gula di Malaysia boleh mohon pengecualian cukai kepada Jabatan Kastam - Kementerian Kewangan | Tiada sebab harga gula bertapis dinaikkan kerana syarikat seperti MSM Malaysia Holdings Bhd terus terima insentif bulanan kerajaan bagi pastikan kestabilan bekalan, harga - Kementerian Kewangan | Gula bertapis atau gula putih kekal tidak dikenakan cukai di bawah semakan semula SST yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2025 - Kementerian Kewangan | 

Terdapat 164 berita berdasarkan kata kunci carian " suku keempat"

Prospek Perniagaan Suku Keempat 2024 Kekal Positif - MIER

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan prospek perniagaan bagi tempoh suku keempat 2024 kekal positif dengan Indeks Keyakinan Perniagaan (BCI) mencecah hampir 105 mata.

TM Penerima Manfaat Kepesatan Pasaran IT, 5G Kedua

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (PIVB) menyifatkan Telekom Malaysia Bhd (TM) sebagai antara penerima manfaat daripada kepesatan teknologi maklumat (IT) susulan jangkaan peningkatan permintaan syarikat-syarikat awan dan internet selain jaringan kabel dasar laut global.

RHB Investment Bank Jual Kepentingan Ekuiti Dalam Rhb Securities Thailand

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd, anak syarikat milik penuh RHB Bank Bhd, akan melepaskan kira-kira 99.95 peratus kepentingan ekuitinya dalam RHB Securities (Thailand) Public Company Ltd serta keluar daripada pasaran pembrokeran saham dan sekuriti Thailand.

Topvision Yang Bakal Ke Pasaran ACE Sasar Kumpul RM17.89 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Topvision Eye Specialist Bhd (Topvision) yang akan memindahkan penyenaraiannya dari Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM17.89 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).

Rackson Group Bakal Ubah Landskap Bayan Lepas Dengan Projek GDV Bernilai RM1.5 Bilion

GEORGE TOWN, 23 Nov (Bernama) -- Rackson Group melancarkan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.5 bilion di Bayan Lepas, terdiri daripada hotel Le Meridien Penang Airport dan pangsapuri berperkhidmatan Avion.

Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih RM789 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM789 juta pada suku ketiga berbanding keuntungan bersih RM424 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Aktiviti Belian Sokong Prestasi Perdagangan Malaysia Pada Suku Keempat 2024

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Aktiviti belian dan kenaikan dalam industri teknologi global dijangka akan menyokong prestasi dagangan Malaysia pada suku keempat 2024 (S4 2024), kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Lonjakan IPO Malaysia Cermin Keyakinan Pelabur Terhadap Bursa Tempatan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) – Tawaran awam permulaan (IPO) Bursa Malaysia Bhd kembali mencatatkan lonjakan, mencerminkan keyakinan semula pelabur terhadap bursa tempatan itu ketika 2024 semakin melabuhkan tirainya.

AmBank Mengunjurkan Pertumbuhan KDNK Perlahan Pada Suku Ketiga Kepada 5.1 Peratus

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- AmBank Group mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun-ke-tahun (y-o-y) bagi Malaysia lebih perlahan kepada 5.1 peratus pada suku ketiga 2024, turun daripada anggaran awal pada 5.3 peratus.

Sunway Malls Unjur Pertumbuhan 5 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pemilik dan pengendali pusat beli-belah terbesar Malaysia, Sunway Malls mengunjurkan pertumbuhan lima peratus tahun ini, didorong oleh prestasi kukuh pada separuh pertama 2024 dan inisiatif penambahan aset iaitu Oasis di Sunway Pyramid yang mula beroperasi.

Untung Bersih F&N Melonjak Kepada RM542.77 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM542.77 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM536.90 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan mendatar pada sesi awal urus niaga Rabu, diasak sentimen berhati-hati yang berlanjutan menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November ini.