Terdapat 1125 berita berdasarkan kata kunci carian " peniaga"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Diasak Sentimen Elak Risiko

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini di tengah-tengah sentimen mengelak risiko yang ketara apabila pelabur tidak lagi menjangkakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menurunkan kadar faedah pada Disember ini.

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS, Meningkat Berbanding Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini, mencerminkan pembetulan teknikal selepas keuntungannya baru-baru ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup bercampur-campur hari ini selepas disokong oleh aktiviti pembelian tawar-menawar susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, kata seorang peniaga. 

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan FED Beri Isyarat Kadar Faedah Tidak Berubah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS berikutan harapan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada Disember semakin tipis.

Pasaran Getah KL Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh optimisme terhadap potensi rangsangan ekonomi China dan pembetulan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

Ekonomi Malaysia Kekal Stabil, Berdaya Tahan - Gabenor

GEORGE TOWN, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal stabil dan berdaya tahan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran global, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak mendatar minggu depan susulan para peniaga menunggu angka unjuran eksport yang bakal dikeluarkan, kata seorang peniaga.

Ringgit Dijangka Sekitar 4.10-4.15 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan dalam julat 4.10-4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, disokong oleh asas makroekonomi Malaysia yang berdaya tahan dalam jangkaan anjakan peralihan berkaitan dasar monetari negara maju itu.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Melantun Semula Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) --Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan kukuh minggu depan, dengan para peniaga menyasarkan lantunan semula dalam lingkungan US$4,160 hingga US$4,210 setiap auns troy.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan berikutan bermulanya musim Monsun Timur Laut, kata pakar industri Denis Low. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah dagangan yang agak berwaspada, walaupun harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) melonjak, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Ringgit Ditutup Rendah Selepas Peningkatan Lapan Hari Berturut-turut

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini berikutan pasaran mengalami pembetulan sederhana selepas mencatat peningkatan baru-baru ini walaupun data ekonomi domestik adalah menggalakkan.