3bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerjasama dan keselamatan ekonomi akan menjadi tumpuan apabila pemimpin ASEAN berhimpun minggu ini untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menyasarkan memperkukuh perjanjian perdagangan penting dan meningkatkan integrasi serantau dalam mendepani persekitaran global yang mencabar.
3bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Negara anggota ASEAN boleh mewujudkan momentum yang kukuh bagi rantau ini, jika bekerjasama dan menyelaras dasar tenaga serta iklim mereka ketika rantau Asia Tenggara menuju ke arah peralihan tenaga, kata seorang pakar.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berhasrat memainkan peranan utama dalam usaha peralihan hijau serantau dengan memupuk kerjasama lebih kukuh antara kerajaan, industri dan komuniti bagi membina rantau yang lebih berdaya tahan dan kurang pelepasan karbon pada masa depan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) - Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melancarkan dana pelaburan Dana Iklim+ dengan sasaran penggunaan RM2 bilion untuk mempercepat peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampu bertahan impak perubahan iklim.
3bulan ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 15 Okt (Bernama) -- MR. D.I.Y. Holding (Thailand) menyasar untuk mengumpulkan sehingga 5.6 bilion baht (US$173 juta) melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Bursa Saham Thailand pada 5 Nov tahun ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA), sebagai rakan kongsi pendukung Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2025, menekankan kemajuan dan hala tuju Takaful ASEAN semasa sesi Sorotan ASEAN yang bertemakan "Mencarta Transformasi Takaful ASEAN - Daripada Kekuatan kepada Penanda Aras Global".
3bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) kekal optimis terhadap trajektori ringgit, disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan pembaharuan struktur.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sebanyak 3,000 tempahan dicatatkan bagi kenderaan elektrik (EV) mampu milik pertama Malaysia, Proton e.MAS 5, pada minggu pertama pelancarannya, termasuk 1,607 unit dalam tempoh 24 jam pertama.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sebuah syarikat baharu muncul dalam industri media dan pemasaran negara menerusi pelancaran rasmi Mahsia Media Group Sdn Bhd semalam, sebuah firma perunding komunikasi jenama yang diasaskan oleh Datuk Dr Calvin Khiu.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka mengukuh kepada RM4 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini dengan prospek ekonomi Malaysia yang cerah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia Internet Exchange (MyIX) menyambut baik Belanjawan MADANI 2026 sebagai langkah tegas untuk mengukuhkan tulang belakang digital Malaysia menerusi penekanan kerajaan terhadap infrastruktur kabel dasar laut, ketersambungan seluruh negara, pengembangan 5G, kecerdasan buatan (AI) dan rangkuman digital sebagai pemboleh kritikal masa depan negara.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kerangka produk asas insurans/takaful perubatan dan kesihatan akan dimuktamadkan pada akhir tahun ini manakala pelancarannya dijangka pada 2027, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).