BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Selangor FC 1-1 BG Pathum United | 

Terdapat 238 berita berdasarkan kata kunci carian " minuman"

Kilang Butterworth Bantu Atasi Kekangan Kapasiti Kilang Shah Alam, Bentong - CEO F&N

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bersedia memulakan operasi di kilangnya di Butterworth setelah dinaik taraf bagi mengurangkan kekangan kapasiti pengeluaran yang sedang dihadapi di kemudahan Shah Alam dan Bentong.

Malaysia Bawa Cadangan Pewujudan Majlis Halal ASEAN

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR,27 April (Bernama) -- Malaysia bercadang mewujudkan Majlis Halal ASEAN dan cadangan itu akan dibawa ke peringkat Sekretariat ASEAN untuk dimuktamadkan secara rasmi bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam industri halal serantau.

Kempen BIZone Rewards Astro: RM3 Juta Untuk Gandakan Potensi Perniagaan

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Astro memperkukuh kedudukannya dengan pelancaran kempen BIZone Rewards, inisiatif yang dikhususkan untuk membantu outlet makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih menarik sekali gus meningkatkan jumlah pelanggan serta menaikkan imej dan nilai jenama mereka.

Ekspo 2025 Osaka: Syarikat Malaysia Peroleh Pelaburan, Eksport Bernilai Lebih RM40 Juta

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Dua puluh dua syarikat Malaysia yang menyertai Program Perniagaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Ekspo 2025 Osaka, Jepun telah memperoleh pelaburan dan eksport bernilai lebih RM40 juta.

Maybank, PUJB Bekerjasama Perkasa PMKS Dan Industri Halal Di JS-SEZ

JOHOR BAHRU, 22 April (Bernama) -- Maybank memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) bagi membentuk kerjasama strategik yang bertujuan memperkukuh sokongan kepada usahawan tempatan di Johor.

Thailand Intai Sektor Halal Bagi Perkukuh Hubungan Ekonomi Dengan Malaysia --TCC

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Dewan Perniagaan Thai (TCC) melihat sektor halal sebagai platform yang berpotensi bagi memperkukuh kerjasama ekonomi di antara Thailand dengan Malaysia.

Pasaran Berkembang Pesat Francais Indonesia Buka Peluang Jenama Malaysia - Tpm Ahmad Zahid

JAKARTA, 21 April (Bernama) -- Industri francais Indonesia yang berkembang pesat menawarkan peluang pertumbuhan penting bagi perniagaan Malaysia yang berhasrat memperkukuh operasi di peringkat serantau, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perkongsian PWCC Dengan Korea Selatan Kukuh Industri MICE

GEORGE TOWN, 11 April (Bernama) -- Menjelang pembukaan rasmi pada Oktober tahun ini, Pusat Konvensyen Waterfront Pulau Pinang (PWCC) telah membentuk perkongsian strategik dengan pakar pusat konvensyen dari Korea Selatan bertujuan untuk meningkatkan industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

Festival Flora Borneo Bakal Rangsang Ekonomi Labuan

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 11 April (Bernama) -- Festival Flora Borneo (BFF) 2025 yang julung kali diadakan di Labuan pada 26 hingga 30 Julai, dijangka dapat merangsang ekonomi tempatan dengan ketara.

Jualan Dagangan Borong, Runcit Feb 2025 Naik Kepada RM148.3 Bilion

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatat jualan RM148.3 bilion pada Februari 2025 iaitu pertumbuhan 5.1 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Jualan Sektor Pembuatan Tumbuh 4.7 Peratus Kepada RM153.1 Bilion Pada Feb 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat 4.7 peratus kepada RM153.1 bilion pada Februari 2025 (Januari 2025: 3.5 peratus), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sorrellicious Legacy Sasar Eksport Roselle Kering Ke Pasaran Asia Tenggara Tahun Ini

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR,10 April (Bernama) -- Pengeluar produk berasaskan roselle segar, Sorellicious Legacy, beroperasi di Klang, Selangor menyasarkan untuk mengeksport roselle kering ke pasaran Asia Tenggara menjelang akhir tahun ini.