9hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Equinix Inc sedang aktif meneroka peluang-peluang di Malaysia dalam usahanya untuk memberi perkhidmatan dan memenuhi permintaan pelanggan masa depan dengan berkesan berikutan peningkatan minat dalam pasaran pusat data negara.
9hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meneruskan momentum alirannya untuk ditutup mencecah 1,771.25, paras tertinggi intra harian dan dalam tempoh beberapa tahun, dipacu oleh minat belian ketara berterusan dalam saham-saham mewah.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia mendahului negara lain di Asia Tenggara dari segi jumlah penyenaraian, dengan 59 IPO meraih US$1.4 bilion (2024: 55 IPO meraih US$1.6 bilion), terutamanya melalui Pasaran ACE (US$1 = RM3.96).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Dasar jelas, pembaharuan berterusan kerajaan dan faktor luaran merupakan antara penyumbang utama kepada peningkatan kukuh ringgit ke paras tertinggi yang kali terakhir dilihat pada 2018, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Teamstar Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 Feb, 2026, menyasarkan untuk mengumpul sejumlah RM34.32 juta menerusi langkah tawaran awam permulaan (IPO).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Jumlah pinjaman skim ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) mencecah RM4.9 billion setakat 31 Dis 2025, dan dijangka kekal 0.3 peratus daripada jumlah keseluruhan keberhutangan isi rumah di Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd telah mengukir nama di pentas global selepas menerima "Anugerah Kecemerlangan Bank Islam Terulung Dunia 2026" yang berprestij di London, United Kingdom.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia terus menerima permintaan daripada pelabur asing pada 2026 walaupun ringgit semakin kukuh, disokong oleh harga hartanah mampu milik di rantau Asia Tenggara.
9hari ago
LABUAN, 27 Jan (Bernama) -- Projek stesen janakuasa Rancha yang bakal dibina di sini dijangka dapat mengukuhkan lagi jaminan bekalan kuasa Labuan, menyelesaikan isu gangguan elektrik yang berlarutan dan meningkatkan daya tarikan pulau itu sebagai destinasi pelaburan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit diniagakan pada 3.9540 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari ini, mencatatkan paras tertinggi baharu sejak 15 Mei 2018 dan aliran meningkat itu dijangka berterusan.
9hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau, didorong oleh pembelian berterusan dalam kaunter perbankan, penjagaan kesihatan dan utiliti.
9hari ago
LABUAN, 27 Jan (Bernama) -- Rancha Power Sdn Bhd hari ini mencatat satu pencapaian penting dalam pembangunan tenaga di Labuan menerusi majlis pecah tanah pembinaan loji jana kuasa berasaskan gas baharu berkapasiti 120 megawatt (MW).