6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Saham Bursa Malaysia Bhd merosot dalam dagangan awal berikutan prestasi perniagaan yang rendah dicatatkan pada suku kedua berakhir 30 Jun 2025 (suku kedua 2025).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Penurunan jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 13 peratus pada suku pertama tahun ini kepada RM18.31 bilion berbanding RM20.99 bilion bagi tempoh sama tahun lepas adalah berpunca daripada prestasi pasaran ekuiti yang lemah.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi Rentas Sempadan 2025 mampu menyokong matlamat jangka panjang negara dalam menarik pelaburan langsung asing di samping memperkukuh kestabilan ekonomi negara.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Semakan terhadap unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah jangkaan yang realistik dan seiring dengan potensi pertumbuhan asas ekonomi negara, kata ahli ekonomi Profesor Geoffrey Williams.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) akan terus meraih tarikan dalam kalangan pelabur, institusi dan pihak berkepentingan serantau.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Persatuan Perniagaan Malaysia-Kemboja (MCBA) menggesa komuniti perniagaan Malaysia yang beroperasi di Kemboja supaya bertenang dan mengambil langkah proaktif susulan ketegangan di sempadan Kemboja-Thailand.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd diiktiraf sebagai satu daripada 50 Syarikat Senaraian Awam (PLC) terbaik di ASEAN dan antara lima PLC terbaik di Malaysia pada Anugerah Tadbir Urus Korporat ASEAN yang diadakan semalam.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, mengetepikan kelemahan mata wang G10 secara amnya apabila gabungan keyakinan domestik dan dorongan serantau menambah baik sentimen, kata penganalisis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka merangsang permintaan sederhana terhadap hartanah secara umum pada separuh kedua 2025, manakala permintaan dalam segmen mewah dijangka kekal kukuh, kata penganalisis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Anggaran awal pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.5 peratus bagi suku kedua 2025 mengatasi kebanyakan unjuran penganalisis yang sekali gus menunjukkan daya tahan ekonomi negara.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Harga hartanah kediaman di Johor Bahru telah melonjak pada suku kedua 2025 (S2 2025), didorong oleh keyakinan pelabur yang lebih kukuh untuk hartanah mewah berikutan pelancaran Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
6bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra harinya hari ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan dan pembinaan.