1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka cenderung untuk menaik berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.1875 hingga 4.2025 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berharap ASEAN akan menerapkan visi bersama yang menumpukan kepada ekonomi, perdagangan, pelaburan, dan kerjasama dalam kalangan negara jiran bagi memastikan rantau ini kekal rancak.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Anugerah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 yang berprestij kembali tahun ini dengan kategori baharu iaitu Anugerah Kelestarian untuk mengiktiraf usaha menerima pakai amalan mampan dalam industri Halal.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran Asia lain yang mendapat rangsangan daripada kenaikan di Wall Street, apabila para pelabur menyambut baik penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Sesi Hab Pengetahuan anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 penting dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan membentuk strategi eksport masing-masing.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Malaysia secara rasmi meratifikasi penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), sekali gus menandakan perjanjian perdagangan bebas dua hala pertama negara ini dengan UK.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih positif dengan mencatat peningkatan, menjejaki prestasi semalaman di pasaran Wall Street.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Seiring perjalanan mengakhiri tanggungjawab sebagai pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2 Sept, 2024, kepimpinan Tan Sri Sulaiman Mahbob terbukti meninggalkan jejak yang sukar dilenyapkan dalam landskap pelaburan Malaysia.
1tahun ago
ALOR SETAR, 19 Sept (Bernama) -- Bina Darulaman Bhd hari ini menjelaskan peletakan jawatan juruaudit luarnya, KPMG PLT, yang berkuat kuasa 9 Sept, 2024, adalah sebahagian daripada amalan tadbir urus rutin.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada awal tahun ini, menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka tinggi walaupun prestasi semalaman Wall Street lemah selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak setengah mata.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Alliance Bank Malaysia Bhd menganjurkan bengkel Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (CBAM) yang pertama kali diadakan bagi meneroka potensi mekanisme itu dalam usaha merevolusi amalan perindustrian mampan.