1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) terus memantau dengan teliti imbangan risiko yang berkaitan dengan inflasi domestik dan prospek pertumbuhan untuk memastikan pendirian dasar monetari Malaysia kekal kondusif kepada pertumbuhan yang mampan di tengah-tengah kestabilan harga.
1tahun ago
SUBANG, 21 Jan (Bernama) -- Kesedaran terhadap penerapan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia meningkat enam kali ganda, daripada 14 peratus kepada 80 peratus dalam tempoh dua tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pertama Digital Bhd melantik Lim Nasrul Halim sebagai bakal ketua pegawai eksekutifnya, berkuat kuasa hari ini
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Majoriti negara anggota ASEAN perlu mengguna pakai zon waktu seragam GMT+8 berikutan ini akan terus menyepadukan ASEAN sebagai blok ekonomi yang kukuh, kata Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Komitmen Malaysia terhadap kemampanan akan kekal sebagai asas kepada agenda ekonominya, dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka memainkan peranan penting dalam memajukan cita-cita hijau negara, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 21 Jan (Bernama) -- Pusat Transformasi Pembuatan HP Malaysia (HPMM) yang baru dilancarkan akan mengukuhkan kedudukan negara sebagai peneraju global dalam Sistem Mekanikal Elektrik Mikro (MEM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dalam kedudukan tepat untuk mengemudi cabaran luar pada tahun ini susulan dasar pentadbiran Presiden Donald Trump 2.0 selain mencapai pertumbuhan mampan dengan mengekalkan persekitaran dasar yang stabil serta memanfaatkan sektor pertumbuhan utama.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) untuk bekerjasama dalam penganjuran pameran automotif serta pertunjukan motosikal setiap dua tahun sekali.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dijangka mengekalkan keteguhan pertumbuhan ekonomi pada 2025 walaupun menghadapi cabaran luar, didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, lonjakan pelaburan asing dan pemulihan dalam permintaan teknologi global.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3 yang terdiri daripada 10 anggota ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan dijangka terus berkembang dengan kukuh pada 2025 meskipun berdepan risiko luaran, kata Ketua Ahli Ekonomi Pejabat Penyelidik Makroekonomi ASEAN+3 Khor Hoe Ee.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali and Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang terhenti bakal membawa manfaat besar kepada sektor eksport utama Malaysia, terutamanya dalam barangan bernilai tinggi dan sumber asli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah memperoleh RM13.4 bilion dalam pelaburan yang direalisasikan untuk 2024, berkembang 56 peratus berbanding sebanyak RM8.6 bilion pada 2023.