BERITA TERKINI   Jualan sektor pembuatan cecah RM1.97 trilion, naik 4.2 peratus pada 2025 - Jabatan Perangkaan | 

Terdapat 1529 berita berdasarkan kata kunci carian " dibuka"

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Harian

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, Nov 21 (Bernama) --  Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Seiring Dengan Pasaran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Khamis, seiring dengan pasaran serantau dan pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih terutama dalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor perkhidmatan kewangan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada sesi awal dagangan hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ketika Wall Street Catat Prestasi Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Diasak Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berhati-hati terhadap trajektori pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS dalam masa terdekat, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diteraju oleh sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti ketika bursa serantau mencatat prestasi bercampur-campur.

Pendaftaran Padu Fasa 2 Dibuka Selepas Kabinet Luluskan - Rafizi

PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari dipengaruhi oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur dalam dagangan awal hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Bercampur-campur Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street kerana sentimen keseluruhannya dipengaruhi oleh perkembangan terkini dalam konflik antara Rusia dan Ukraine.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati berikutan perkembangan ekonomi global semasa, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Akhiri Kenaikan Awal Untuk Ditutup Tidak Menentu

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.