BERITA TERKINI   Ringgit ditutup dengan terus melonjak, mencecah 4.09 berbanding dolar AS - paras paling kukuh dalam tempoh empat tahun dan tujuh bulan | MCMC peruntuk dana RM310 juta bangunkan infrastruktur kesalinghubungan inisiatif Bandar Pintar Negeri Melaka - Fahmi  | Belanjawan Sabah 2026: Penjawat awam negeri terima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 - Masidi | Belanjawan Sabah 2026 catat belanjawan lebihan RM28 juta – Masidi Manjun | Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun bentang Belanjawan Sabah 2026 berjumlah RM6.402 bilion | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada sesi awal dagangan hari ini.

Pada 10.15 pagi ini, kontrak November 2024 susut 7.5 mata kepada 1,587.5, Disember 2024 menguncup sebanyak 8.5 mata kepada 1,590.5, Mac 2025 turun 6.0 mata kepada 1,582.5 manakala Jun 2025 berkurangan 8.0 mata kepada 1,589.0.  

Jumlah dagangan sebanyak 2,672 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,796 kontrak.

Pada 10.32 pagi ini, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 3.29 mata kepada 1,594.89 daripada paras 1,598.18 pada akhir dagangan semalam.  

-- BERNAMA