Terdapat 416 berita berdasarkan kata kunci carian " wall street"

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi Susulan Pengambilan Untung

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama)  -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri dagangan sesi pagi pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung di kaunter telekomunikasi dan media serta pembinaan yang terpilih ekoran sentimen lemah dalam pasaran serantau, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Sedikit Rendah Susulan Pengambilan Untung Sederhana

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Rabu ekoran pengambilan untung sederhana di kaunter berwajaran tinggi terpilih susulan kenaikan baru-baru ini, berikutan sentimen lemah terhadap unjuran ekonomi global, menurut peniaga.

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Meningkat Untuk Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR,19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trajektori meningkat untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham berwajaran tinggi terpilih walaupun sentimen berhati-hati dalam pasaran serantau, kata peniaga.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan minggu lepas untuk dibuka tinggi hari ini, didorong oleh minat belian sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Seiring Prestasi Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah negatif pada tengah hari, seiring dengan prestasi lemah pasaran serantau yang dipengaruhi oleh tekanan jualan saham wajaran tinggi terpilih.

Bursa Dibuka Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi dan dijangka menghampiri paras 1,600 hari ini selepas momentum Wall Street semalaman yang positif didorong oleh harapan terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selain musim pelaporan pendapatan korporat yang kukuh,  kata penganalisis.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat pada tengah hari seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif berikutan sentimen pasaran bertambah baik selepas data inflasi Julai Amerika Syarikat (AS) berada di bawah jangkaan, pada 2.7 peratus, mengukuhkan harapan untuk penurunan kadar faedah pada September.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mencerminkan kenaikan semalaman Wall Street selepas angka indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) berada di bawah jangkaan, atas faktor ini ia mungkin akan menurunkan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS bulan depan.

Bursa Malaysia Kekal Dengan Prestasi Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi semasa tengah hari pada Selasa, disokong oleh laporan mengenai lanjutan tempoh gencatan tarif selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China sehingga 10 November, sekali gus menambah baik sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Walaupun Prestasi Wall Street Lemah

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih positif meskipun prestasi semalaman Wall Street lemah, menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) akhir minggu ini yang dijangka ramai bakal menentukan pendirian Rizab Persekutuan (Fed) untuk menurunkan kadar faedah negara maju itu.

Bursa Kekal Tinggi Pada Tengah Hari, Seiring Dengan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, melepasi paras 1,560 seiring dengan kenaikan di pasaran serantau berikutan sentimen kembali menjadi positif.

Bursa Dibuka Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan Wall Street pada Jumaat lepas, yang diterajui oleh kenaikan saham Apple selepas pengumuman mengenai perancangan pelaburannya di Amerika Syarikat (AS).