BERITA TERKINI   Dasar Keterjaminan Makanan Negara (DKMN) 2030 pacu transformasi sektor agromakanan negara - TPM Fadillah | RM254 juta diperuntukkan bagi program pembangunan koperasi tahun ini, tertinggi sejak penubuhan gerakan koperasi pada 1922 - Steven Sim. | Ladang Solar KLIA dijangka kurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 35,000 tan setahun - Fadillah | Inisiatif Ladang Solar KLIA sokong sasaran Malaysia capai 70 peratus penggunaan tenaga boleh baharu menjelang 2050 - Fadillah | Pelancaran Ladang Solar dan sistem penstoran tenaga (BESS) sokong operasi KLIA sebagai infrastruktur pengangkutan kritikal negara - TPM Fadillah | 

Terdapat 526 berita berdasarkan kata kunci carian " tenaga kerja"

85 Kontraktor Bumiputera Gred G1 Dan G2 Dipilih Bagi Cabutan Undi Laksana Projek Pakej Kerja Kecil ECRL

KOTA BHARU, 23 Okt (Bernama) -- Sebanyak 85 kontraktor bumiputera gred G1 dan G2 yang berdaftar di Kelantan, Terengganu dan Pahang dipilih untuk cabutan undi bagi melaksanakan pakej-pakej kerja kecil seperti pemasangan papan tanda, penyediaan perabot jalan, pemasangan pagar, serta kerja pengurusan landskap (turfing) di 15 stesen projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

SPX Express Lancar Pusat Pengisihan Baharu Di Bukit Raja Selatan Shah Alam

SHAH ALAM, 22 Okt (Bernama) -- Syarikat logistik SPX Express (SPX) hari ini melancarkan pusat pengisihan baharunya Bukit Raja Selatan (BRS) Sorting Centre SPX di Shah Alam.

Pusat Tenaga ASEAN Lancar Pelan Hala Tuju Jangka Panjang Tenaga Boleh Baharu ASEAN

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pusat Tenaga ASEAN (ACE) melancarkan Pelan Hala Tuju Jangka Panjang Tenaga Boleh Baharu (TBB) ASEAN (RE LTRM) pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 (AMEM).

TNB Akan Penuhi Keperluan Pusat Data, Terima Guna AI Dan Fokus Pembangunan Bakat

Oleh M. Saraswathi

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) - Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang mengukuhkan gridnya dengan penyelesaian kecerdasan buatan (AI) serta menumpu kepada pembangunan bakat untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, terutamanya daripada aktiviti rancak pusat data di negara ini.

Malaysia Bakal Raih Manfaat Ekonomi Daripada Pembangunan Sovereign AI Cloud - Pakar IT

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pelaburan sebanyak RM2 bilion untuk membangunkan Sovereign AI Cloud dalam Belanjawan 2026 akan membolehkan Malaysia meraih manfaat ekonomi yang mendorong negara mengekalkan nilai yang wujud daripada kecerdasan buatan (AI) dengan memastikan pendapatan, pekerjaan dan harta intelek kekal dalam negara, kata seorang pakar teknologi maklumat (IT).

Northport Kendali Jumlah Muatan Kargo Konvensional Bulanan Tertinggi Pada September

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Northport (Malaysia) Bhd catat rekod kendalian muatan kargo konvensional bulanan tertinggi sebanyak 1,327,883 tan berat muatan (FWT) pada September 2025.

Kerajaan Disaran Semak Semula Pelepasan Cukai Korporat - BBC

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan disaran menyemak semula pelepasan cukai korporat khususnya bagi syarikat yang merekodkan keuntungan luar biasa tetapi mengekalkan jurang gaji yang terlalu besar di antara pengurusan tertinggi dengan pekerja bawahan. 

Peruntukan RM63 Juta Cermin Keprihatinan Kerajaan Terhadap Industri Sawit - MPOB

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Peruntukan khusus kepada sektor sawit di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap industri itu sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara serta kesejahteraan pekebun kecil dan tenaga kerja tempatan.

Belanjawan 2026: Top Glove Harap Bayaran Balik Cukai Dipercepat Bagi Ringankan Aliran Tunai

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd berharap agar bayaran balik cukai bagi lebihan pembayaran dapat dipercepatkan untuk menambah baik aliran tunai dan meningkatkan kecekapan operasi.

SJKP Jamin Lebih 100 Peratus Pembiayaan Rumah Bagi Pembeli Rumah Pertama

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) menjamin pinjaman perumahan yang meliputi lebih 100 peratus daripada harga belian rumah bagi pembeli rumah pertama yang layak, sekali gus meyakinkan bank untuk meluluskan permohonan yang mungkin ditolak.

Belanjawan 2026 Perlu Tingkat Kapasiti TVET, Tepati Keperluan Industri – Belia Mahir

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 perlu memastikan kursus atau program Pendidikan dan Latihan dan Vokasional (TVET) dilaraskan dengan bidang keutamaan ekonomi Malaysia seperti mewujudkan pekerjaan bernilai tambah dalam pembuatan, rancangan pembangunan lima tahun serta inisiatif peralihan tenaga berteraskan masa depan, termasuk tenaga boleh baharu (TBB).

MPC Dan Persatuan Automotif Perkukuh Produktiviti Industri Melalui Transformasi AI

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama Persatuan Pembekal Perodua (P2SA) dan Persatuan Vendor Proton (PVA) memperkukuh produktiviti serta daya saing industri automotif negara melalui kerjasama dalam Program Transformasi AI Produktiviti.