Terdapat 259 berita berdasarkan kata kunci carian " stok"

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur Berikutan Kebimbangan Bekalan Kurang

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan bercampur-campur susulan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan bahan mentah akibat faktor cuaca di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.

Ekonomi Global Dijangka Perlahan Pada Separuh Kedua Susulan Impak Tarif AS - CGS International

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Situasi ekonomi global dijangka perlahan pada separuh kedua 2025 berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap rakan dagang menjejaskan pelbagai pemain ekonomi, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY). 

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan berikutan peserta pasaran menunggu pengumuman data industri utama untuk mendapatkan hala tuju yang lebih jelas.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Harga Olein Sawit Di China Turun

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki harga minyak olein sawit yang menurun di Bursa Komoditi Dalian, China.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Ekoran Petunjuk Serantau Bercampur-campur, Ringgit Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Rabu, berikutan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Harga Getah Dijangka Dalam Aliran Rendah Minggu Depan Susulan Ketegangan Geopolitik

Oleh Abdul Hamid A Rahman and K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Pasaran getah dijangka berada dalam aliran rendah minggu depan, dipengaruhi oleh ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh K NAVEEN PRABU

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki harga minyak kacang soya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan lonjakan harga minyak mentah.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Susut 37.3 Peratus Pada April 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia menurun sebanyak 37.3 peratus kepada 18,008 tan pada April 2025 daripada 28,739 tan pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Peningkatan Pengeluaran

Oleh K Naveen Prabu & Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dan paras stok yang tinggi, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang pengumuman data penting daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang dijadualkan pada Selasa.

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diunjur diniagakan dengan kecenderungan menurun sedikit minggu depan dalam keadaan peningkatan output dan paras stok, kata peniaga.

Pasaran Getah Dijangka Lengang Minggu Berikutan Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu depan berikutan ketidaktentuan ekonomi global susulan penangguhan tarif Amerika Syarikat (AS) selama 90 hari.