1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi memacu Johor menjadi enjin pertumbuhan selatan untuk ekonomi, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) namun lebih tinggi berbanding mata wang utama lain ketika dibuka pada Rabu susulan permintaan meningkat terhadap dolar apabila data utama ekonomi AS dikeluarkan semalam, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Biocon Biologics, sebuah syarikat global dengan keupayaan dalam pembangunan, pengilangan dan pengkomersialan biosimilar berkualiti tinggi, komited untuk melaksanakan pengembangan perniagaannya di Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjangka lebih banyak tumpuan akan diberikan kepada tarif dan dasar industri pada penggal kedua kepresidenan Donald Trump.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kembali bangkit pada akhir dagangan Selasa berbanding penyusutan semalam, didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah di tengah-tengah momentum positif semalaman Wall Street dan prestasi pasaran serantau.
1tahun ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah dan Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Angka kerugian mencecah RM54 bilion setahun yang ditanggung rakyat Malaysia akibat kes penipuan dalam talian bukan setakat mengejutkan, malah membimbangkan lebih-lebih lagi jumlah itu mewakili kira-kira tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, didorong oleh prestasi bercampur-campur di Wall Street dan pasaran serantau.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 adalah penting kerana ia akan membolehkan agensi kerajaan persekutuan berkongsi data dan mengukuhkan struktur tadbir urus dalam ekosistem perkongsian data.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Operator rangkaian kafe perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) Oriental Kopi Holdings Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia berhasrat untuk mengumpulkan RM184 juta melalui tawaran awam permulaannya (IPO).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar US minggu depan, kekal dalam julat sempit minggu depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan terus ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan data aktiviti perkilangan global yang tidak memberangsangkan menandakan prospek ekonomi yang tidak menentu, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global Malaysia yang diselaraskan mengikut musim susut kepada 48.6 pada Disember 2024 daripada 49.2 pada November, dengan peningkatan kos pada kadar paling perlahan dalam tempoh empat tahun setengah, sejak Jun 2020.