BERITA TERKINI   12 MAUT, DUA PARAH DALAM KEMALANGAN BAS-TRAILER DI GHANA | Malaysia, Pakistan komited perkukuh hubungan dua hala, keamanan serta kemakmuran sejagat - PM Anwar | Malaysia, Pakistan bincang langkah tegas hentikan kekejaman Israel terhadap orang awam di Gaza, Lubnan- PM Anwar | Malaysia hargai peranan pengantaraan Pakistan dalam rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat - PM Anwar | PM Anwar ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada PM Pakistan Shehbaz Sharif, harap persaudaraan terus kukuh | 

Biocon Biologics Komited Kembang Perniagaan Di Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Biocon Biologics, sebuah syarikat global dengan keupayaan dalam pembangunan, pengilangan dan pengkomersialan biosimilar berkualiti tinggi, komited untuk melaksanakan pengembangan perniagaannya di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kewujudan syarikat itu di Malaysia melibatkan pelaburan berjumlah US$350 juta selain menyumbang kepada nilai eksport negara sebanyak US$560 juta. 

"Dasar kerajaan yang mesra pelabur serta petunjuk-petunjuk ekonomi negara yang positif telah mendorong keyakinan pelabur-pelabur ke atas Malaysia.

“Ini diselaras dengan matlamat jangka panjang, terutamanya dalam kualiti pekerjaan dan produk negara," kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman media sosial X beliau hari ini. 

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Eksekutif Biocon Biologics Kiran Mazumdar Shaw dan delegasi syarikat berkenaan.

"Kami telah bertukar-tukar pandangan berkaitan prakarsa (usaha) dalam memajukan keupayaan bioteknologi tempatan yang turut melibatkan kepentingan pelabur-pelabur asing dalam melaksanakan peralihan teknologi dan peningkatan program latihan kepada bakat-bakat tempatan," kata Anwar. 

-- BERNAMA