11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis ketika pelabur memberi reaksi terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mengatasi jangkaan awal dan mengekang Rizab Persekutuan AS (Fed) daripada bertindak melonggarkan dasar monetarinya.
11bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri, di tengah-tengah isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
11bulan ago
BANGI, 12 Feb (Bernama) -- Malaysia masih berpeluang menarik lebih banyak syarikat asing, terutama yang beroperasi di negara-negara yang terkesan dengan dasar Amerika Syarikat (AS) walaupun berdepan cabaran geopolitik, demikian menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal stabil tahun ini, dengan julat antara RM4,500 hingga RM5,000 setiap tan, menurut penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah yang muncul, sekali gus membolehkan indeks utama kembali melepasi paras 1,590.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Penganjuran Acara Padanan Perniagaan Produk Perindustrian Thailand-Malaysia pada 10-12 Feb, 2025 di Imperial Lexis Kuala Lumpur di sini, dijangka menjana dagangan bernilai 120 juta baht (100 Baht=RM13.18).
11bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Konsep ‘green halal’ (halal hijau) walaupun tidak diketahui ramai, memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan perniagaan dengan menggabungkan amalan halal dan mampan, kata Alliance Islamic Bank Bhd (AIS).
11bulan ago
PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Malaysia akan terus menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berikutan peranannya sebagai tunjang ekonomi negara dan menjadi sebahagian besar daripada perniagaan di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11bulan ago
KOTA KINABALU, 11 Feb (Bernama) -- Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (O&G) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia, menyebabkan ia ditutup rendah sedikit susulan kebimbangan berterusan mengenai inflasi Amerika Syarikat (AS) dan ancaman tarif timbal balik Presiden Donald Trump.
11bulan ago
KUCHING, 10 Feb (Bernama) -- Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri minggu ini dengan sentimen positif, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.