1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Pengambilalihan baki saham oleh pemberi tawaran bersama saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd telah mencapai 75.73 peratus.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, berikutan kebimbangan terhadap eksport yang menurun terus memberi tekanan kepada harga, kata peniaga minyak sawit David Ng.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin berikutan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras yang lemah, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Operator rangkaian kafe perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) Oriental Kopi Holdings Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia berhasrat untuk mengumpulkan RM184 juta melalui tawaran awam permulaannya (IPO).
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid dan K.Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kalangan penggemar kopi yang sememangnya membayar mahal untuk menikmati minuman kegemaran susulan lonjakan harga biji kopi, kini perlu terus menelan ‘kepahitan’ itu dengan memilih alternatif berpatutan seperti membancuh sendiri atau mengehadkan pengambilan minuman berkenaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan pinjaman perbankan Malaysia diunjur pada 6.0 peratus pada 2025 dalam persekitaran ketidaktentuan dalam dasar perdagangan asing, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Senai Airport City Sdn Bhd (SACSB) dan Lincotec Technology (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Linco Technology Co. Ltd, Taiwan memeterai perjanjian jual dan beli (SPA) untuk Lincotec membeli 4.02 hektar tanah perindustrian di Zon Perindustrian Bebas Senai Airport City.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan harga minyak mentah Brent tidak menentu dan lebih lemah tahun ini iaitu pada purata US$70 setong berbanding US$80 setong tahun lepas.
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) — Beberapa syarikat penerbangan berdepan cabaran yang dahsyat, mengubah penghujung tahun ini sebagai babak tragik bagi penerbangan global, menjadikan Disember yang suram selain meragut banyak nyawa.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 31 Dis (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan yang memberangsangkan dalam sektor perindustrian pada 2024 dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM22.6 bilion sehingga suku ketiga tahun ini.
1tahun ago
SIPITANG, 28 Dis (Bernama) -- Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang positif sebelum cuti Krismas, kata penganalisis.