8bulan ago
Daripada Zarul Effendi Razali
ABU DHABI, 13 Nov (Bernama) -- Pelbagai inisiatif di bawah Rangka Kerja Ekonomi MADANI merupakan antara perkara yang bakal diketengahkan dalam siri lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bermula hari ini.
8bulan ago
KOTA KINABALU, 13 Nov (Bernama) -- Dua syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Sabah memeterai perjanjian dengan SBH Kibing Solar New Energy (M) Sdn Bhd untuk membangunkan kilang pembuatan kaca solar bernilai RM7.2 bilion di Kimanis.
8bulan ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 13 Nov (Bernama) – Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) memberi tumpuan kepada pembinaan kapasiti untuk menyokong pekebun kecil mengamalkan amalan mampan bagi menghasilkan Minyak Sawit Lestari Bertauliah (CSPO).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bidaan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan Malaysia bagi pengimport tenaga Singapura, di bawah Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) akan bermula menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 billion (US$1.1 billion) untuk Malaysia.
8bulan ago
Daripada Nashir Mansor
KAHERAH, 12 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui agensinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengenal pasti 12 syarikat pembuatan terkemuka Mesir yang berminat untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.
8bulan ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 12 Nov (Bernama) -- Faktor ekonomi dan geopolitik memperlahankan pertumbuhan di rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang terdiri daripada 21 negara anggota, menurut laporan Analisis Trend Serantau APEC.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Sebarang bentuk perlindungan akan menjejaskan negara-negara dari segi perdagangan dan pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia berpotensi menjadi hab serantau bagi pembuatan kenderaan elektrik (EV) di ASEAN berdasarkan kepada sejarah 40 tahun dalam pengeluaran automotif sejak 1983 dan kluster perindustrian semikonduktor yang kukuh, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- PMB Investment Bhd dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mewujudkan kerjasama strategik yang bertujuan mengembangkan peluang-peluang dalam pelaburan patuh syariah.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
8bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) – Tawaran awam permulaan (IPO) Bursa Malaysia Bhd kembali mencatatkan lonjakan, mencerminkan keyakinan semula pelabur terhadap bursa tempatan itu ketika 2024 semakin melabuhkan tirainya.