7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd hari ini telah memperkenalkan logo baharu, mengesahkan peranannya sebagai peneraju dan pembina negara dengan rangkuman legasi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menghantar bahan api penerbangan mampan (SAF) pertama buatan Malaysia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk Malaysia Aviation Group (MAG), menandakan keupayaan buatan tempatan dan kesediaannya untuk menyediakan bekalan berterusan dan berskala di negara ini.
7bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, didorong oleh kemerosotan harga minyak berikutan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, kata peniaga.
7bulan ago
KUCHING, 9 Sept (Bernama) -- Sarawak menyasarkan untuk memperkasa kapasiti solar negeri ini melalui pemasangan sistem solar terapung dan di tanah sebagai sebahagian daripada usaha memajukan pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara bagi memenuhi permintaan EV yang semakin meningkat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Alliance Islamic Bank Bhd bercadang untuk memperluas Program Pembiayaan Mikro Zakat (AZAM) ke seluruh negara selepas inisiatif itu memberikan hasil positif dalam meningkatkan taraf hidup usahawan mikro dari kalangan asnaf.
7bulan ago
Oleh Saraswathi Muniappan
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) – Lonjakan 35 peratus nilai jenama Tenaga Nasional Bhd (TNB) kepada US$2.3 bilion (US$1 = RM4.22) dalam laporan Energy 100 2025 Brand Finance baru-baru ini menunjukkan keyakinan kukuh pasaran terhadap daya tahan kewangan dan kecekapan operasinya.
7bulan ago
KUCHING, 3 Sept (Bernama) -- Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju tenaga hijau serantau menerusi projek rintis eksport hidrogen dan perkongsian strategik dengan negara luar, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menjadi antara 20 ekonomi teratas dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di dunia menjelang 2030 melalui Pelan Hala Tuju AI Negara 2021-2025 dengan sumbangan melebihi RM60 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Syarikat teknologi hijau yang beribu pejabat di Hong Kong, Unity Group Holdings International Ltd bekerjasama dengan Tek Securities Ltd yang berpusat di Labuan bagi memperkenalkan sukuk iklim berjumlah RMB200 juta.
8bulan ago
LABUAN, 21 Ogos (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengesahkan komitmen Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memaparkan prinsip tadbir urus kukuh dalam operasinya bagi memastikan persekitaran bebas rasuah di seluruh organisasi.
8bulan ago
Oleh Wong Cheng Hau
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 40 peratus daripada 120,000 pekerjaan dalam sektor perkhidmatan perniagaan global (GBS) di Malaysia akan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk beralih kepada perkhidmatan bernilai tinggi.