BERITA TERKINI    Kerajaan bakal umum beberapa langkah proaktif esok untuk pastikan industri semikonduktor negara terus berdaya saing - PM Anwar | Kementerian Pertahanan akan bangunkan sistem pemantau kontrak, elak kelewatan perolehan aset - Adly | KKM komited selesaikan pengisian 4,352 jawatan bagi penuhi keperluan kesihatan rakyat - Dzulkefly | Kementerian Komunikasi, Kementerian Kesihatan kerjasama sediakan perkhidmatan e-Kesihatan di NADI terutama kawasan luar bandar - Fahmi | Pengumuman PM cerminkan pendekatan menyeluruh, signifikan dalam usaha menangani kos sara hidup dihadapi rakyat - Fahmi | Kerajaan bakal umum beberapa langkah proaktif esok untuk pastikan industri semikonduktor negara terus berdaya saing - PM Anwar | Kementerian Pertahanan akan bangunkan sistem pemantau kontrak, elak kelewatan perolehan aset - Adly | KKM komited selesaikan pengisian 4,352 jawatan bagi penuhi keperluan kesihatan rakyat - Dzulkefly | Kementerian Komunikasi, Kementerian Kesihatan kerjasama sediakan perkhidmatan e-Kesihatan di NADI terutama kawasan luar bandar - Fahmi | Pengumuman PM cerminkan pendekatan menyeluruh, signifikan dalam usaha menangani kos sara hidup dihadapi rakyat - Fahmi |

Terdapat 121 berita berdasarkan kata kunci carian " tengku zafrul "

Peruntukan RM2.184 Bilion Untuk MITI Bukti Iktiraf Keberkesanan NIMP 2030

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pengumuman peruntukan sebanyak RM2.184 bilion kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam Belanjawan 2025 dilihat sebagai mengiktiraf keberkesanan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dalam memacu potensi global industri Malaysia.

Belanjawan 2025 Bakal Tingkat Keterangkuman Melalui Pengurusan Fiskal Berhemah - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 bakal meningkatkan keterangkuman, pengagihan kekayaan yang saksama serta menangani isu sosial melalui pertumbuhan ekonomi sambil memastikan kebajikan rakyat melalui pengurusan fiskal berhemah dan subsidi bersasar.

Malaysia Dijangka Meterai FTA Dengan UAE Akhir Tahun Ini - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Malaysia dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Jualan Kenderaan Elektrik Berkuasa Bateri Melonjak 112 Peratus Pada Separuh 2024

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sebanyak 6,617 kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) dijual pada separuh pertama 2024, melonjak 112 peratus daripada 3,117 unit dalam tempoh yang sama pada 2023, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sambung Runding FTA Dengan EU, Perkukuh Dagangan Intra-ASEAN, Strategi Hadapi Kancah Geopolitik

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Selain mahu menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU), Malaysia juga telah mengemukakan permohonan menyertai BRICS dan sedang berbincang dengan kalangan negara ASEAN untuk memperkukuh perdagangan.

Malaysia Akan Tingkat Usaha Tarik Pelaburan Rakan Dialog ASEAN Ke Rantau Ini - PM Anwar

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail dan Rosmalis Anuar

VIENTIANE, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia yang memegang tampuk kepengerusian ASEAN tahun depan akan meningkatkan usaha menarik pelaburan dan perdagangan rakan dialog blok itu ke rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Teroka Peluang Kerjasama Baharu Dalam Sektor Halal Dengan Kanada

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia melihat peluang untuk meneroka kerjasama baharu dalam sektor halal dengan Kanada, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

PMKS Harus Peroleh Manfaat Daripada Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital - Tengku Zafrul

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

VIENTIANE, 8 Okt (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ASEAN seharusnya mendapat manfaat daripada jangkaan nilai ekonomi berjumlah US$2 trilion dijana daripada Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) menjelang 2030.

ASEAN Perlu Kekal Sebagai Blok Berkecuali Bagi Rangsang Pelaburan Serantau - Tengku Zafrul

VIENTIANE, 8 Okt (Bernama) -- ASEAN perlu kekal sebagai sebuah blok berkecuali bagi menghadapi impak ketegangan geopolitik global dalam usaha merangsang pelaburan asing di rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Malaysia Mampu Jadi Hab Perkhidmatan Serantau Untuk Firma Global - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI) komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.

MITI Lancar Kerangka Polisi Ekonomi Kitaran Galak Pertumbuhan Pembuatan Mampan

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan Kerangka Polisi Ekonomi Kitaran dengan menyasarkan untuk merumuskan semula model industri berasaskan bahan api fosil dan memangkin amalan pertumbuhan hijau dalam rantaian nilai pembuatan.

Malaysia Seperti Negara ASEAN Lain Terus Kukuhkan Pendirian Neutral, Tarik Pelaburan, Perdagangan Ke Rantau Itu

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Malaysia seperti negara-negara ASEAN lain akan terus mengukuhkan pendirian neutral supaya lebih banyak pelaburan dan perdagangan akan mengalir ke blok itu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.