Terdapat 972 berita berdasarkan kata kunci carian " sedia"

KPK Teliti Mekanisme TSPKS 3.0 Bagi Pertingkat Produktiviti Sawit -- Johari

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang meneliti mekanisme pelaksanaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 3.0 agar lebih menyeluruh dan memberi impak maksimum kepada pekebun kecil persendirian (PKP).

Perjanjian Malaysia-AS Lonjak Prospek Pertumbuhan Pasaran Farmaseutikal

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Syarikat farmaseutikal dari Amerika Syarikat (AS) dijangka menikmati peningkatan jualan di Malaysia susulan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan AS.

AS Hormat Hak Kedaulatan Malaysia Untuk Tumpu kepentingan Ekonomi - Duta besar

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) menghormati hak kedaulatan Malaysia untuk melaksanakan dasar luar dan ekonominya sendiri termasuk minat untuk meneroka peluang dengan kumpulan ekonomi BRICS, kata Duta Besarnya ke Malaysia Edgard D Kagan.

Transformasi Digital, AI Fokus Utama Mesyuarat APEC, Malaysia Tekankan Risiko Moral, Alam Sekitar Daripada Penggunaan Meluas

Daripada Nor Baizura Basri

GYEONGJU (Korea Selatan), 1 Nov Bernama) -- Transformasi digital dan perkembangan pesat penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) menjadi fokus utama dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) (AELM), yang menyaksikan para pemimpin membincangkan cabaran dan peluang yang muncul daripada teknologi berkenaan.

RMK13: NCER, Pulau Pinang Fokus Ekonomi Penciptaan Nilai, Industri Pertumbuhan - Chow

GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) -- Hala tuju Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi Pulau Pinang mengikut Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menumpukan kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai, industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi serta pengembangan wilayah yang seimbang.

5,149 Unit Pengecas EV Dipasang Setakat 30 Sept, DC Melebihi Sasaran - MITI

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Sejumlah 5,149 unit pengecas kereta elektrik (EV) awam telah dipasang di seluruh negara setakat 30 September, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

APEC : Malaysia Gesa Pemodenan Peraturan Dagangan Global, Manfaatkan Digitalisasi

Daripada Nor Baizura Basri

GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Malaysia menggesa kalangan ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bertindak melakukan pemodenan peraturan perdagangan global untuk memanfaatkan pendigitalan serta kecerdasan buatan (AI) bagi pertumbuhan yang terangkum.

Kerangka Insentif Pelaburan Baharu Dilaksanakan Bermula Suku Pertama 2026 - Liew 

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kerangka Insentif Pelaburan Baharu (NIIF) akan dilaksanakan sepenuhnya bagi sektor perkilangan bermula suku pertama tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Allianz Malaysia Perkukuh Kehadiran Di Wilayah Utara Dengan Penempatan Semula Cawangan Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd sedang memperkukuh kehadirannya di wilayah utara dengan membuka cawangan baharu di Pulau Pinang hari ini.

Perjanjian ART: Malaysia Kekal Dasar Larang Eksport Unsur Nadir Bumi Mentah - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia masih mengekalkan dasar melarang eksport unsur nadir bumi mentah (REE) bagi memastikan pembangunan industri hiliran tempatan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS Bukti Kemajuan Ketara Bagi PKS — Samenta

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Perjanjian perdagangan timbal balas yang baru-baru ini dimeterai di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) membuktikan kemajuan ketara bagi komuniti perniagaan terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Insights Analytics Raih RM43.56 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi berpangkalan di Sarawak, Insights Analytics Bhd meraih RM43.56 juta daripada terbitan awamnya sebanyak 121 juta saham baharu pada harga terbitan 36 sen sesaham ketika mula disenarai di Pasaran ACE.