8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Lagenda Properties Bhd meningkat kepada RM44.58 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 (S1 2025) daripada RM42.72 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Sidang Kemuncak ASEAN akan menjadi platform untuk integrasi ekonomi serantau dan menggalakkan perdagangan melalui perjanjian yang berpotensi dengan anggaran RM300 bilion melalui pelaburan langsung asing (FDI) dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Juwai IQI.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad and Nur Atiq Maisarah Suhaimi
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Akta Pembaharuan Semula Bandar, yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen menjelang Julai ini, mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi, kata Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Kenneth Soh.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Data daripada tinjauan PropertyGuru 2024 menunjukkan 77 peratus daripada rakyat Malaysia mengambil kira risiko iklim apabila membeli rumah.
9bulan ago
SERDANG, 8 Mei (Bernama) — Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Dasar Automotif Negara (NAP) 2020 telah membantu dalam membangunkan industri automotif Malaysia sebagai kedua terbesar di Asia Tenggara selain ke-23 terbesar di peringkat dunia.
9bulan ago
KULIM, 5 Mei (Bernama) – Austria Technologie & Systemtechnik AG (AT&S), salah satu pengeluar litar bersepadu (IC) dan papan litar bercetak terkemuka, kini telah bersedia untuk pengeluaran volum tinggi di kompleks kilang baharunya di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) kembali ke Singapura dengan kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7, yang akan dipertontonkan secara eksklusif kepada orang ramai di The Car Expo 2025 pada hujung minggu ini.
9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) telah muncul sebagai pemboleh utama agenda inovasi dan transformasi digital negara dengan lebih RM13 bilion disalurkan kepada lebih 1,000 projek berimpak tinggi, dipacu teknologi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- MTD Properties Sdn Bhd mengumumkan tiga projek pembangunan utamanya, termasuk dua projek perumahan dan sebuah taman perindustrian di Melaka dan Kajang, Selangor bagi memenuhi permintaan pasaran yang kian berkembang.
9bulan ago
SINGAPURA, 24 April (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pulih pada tempoh separuh kedua 2025 selepas mencatatkan angka terendah dalam tempoh melebihi empat tahun pada Mac.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) – Kerajaan disaran menetapkan dasar lebih ketat terhadap pemaju untuk menyelesaikan jualan unit kediaman siap dibina sekurang-kurangnya lebih 15 peratus daripada jumlah dibina sebelum meluluskan pembinaan baharu.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada hari kedua Syawal baru-baru ini yang memusnahkan dan menjejaskan banyak kediaman, jelas menjadi peringatan perit untuk pemilik memberi pertimbangan serius menginsuranskan aset itu serta kandungannya dalam mengurangkan kerugian akibat bencana.