2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diunjur dalam mod penyatuan minggu depan dengan penganalisis menjangkakan indeks penanda aras akan mengukuh dalam persekitaran asas domestik yang stabil.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- CIMB Bank Bhd membuat penampilan sulung dengan terbitan Bon Panda tiga tahun berjumlah 3.0 bilion renminbi (RMB; 100 RMB = RM58.94) di China Interbank Bond Market sekali gus menjadikannya terbitan bon peringkat tunggal terbesar oleh institusi Malaysia setakat ini.
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) --Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya untuk hari kelima berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kumpulan mata wang utama lain, didorong oleh minat risiko susulan berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN yang positif.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah hari ini susulan para pelabur kekal berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat yang dijangka diumumkan malam ini.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, seiring aktiviti pengambilan untung di serata pasaran serantau selepas peningkatan baru-baru ini serta di tengah-tengah sentimen berwaspada menjelang keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong oleh perjanjian perdagangan AS-Malaysia baru-baru ini yang telah meningkatkan minat terhadap mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.
2bulan ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Malaysia bakal mendapat manfaat daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan tarif di bawah 19 peratus ke atas 1,711 produk eksport negara, termasuk minyak sawit dan produk koko, yang dijangka meningkatkan daya saing harganya di pasaran AS.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi secara menyeluruh dan keyakinan yang berterusan berikutan prestasi positif di Wall Street pada Jumaat lepas.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mengekalkan momentum positif minggu depan, disokong oleh minat belian yang berterusan melepasi paras psikologi 1,600.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi seiring dengan bursa serantau berikutan mengambil isyarat daripada prestasi semalaman di Wall Street yang mengukuh.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi positif pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).