2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- MBSB Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM95.64 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 Sept 2025 berbanding RM122.08 juta pada tahun sebelumnya.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman dan Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Johor menjangkakan akan mengekalkan trajektori ekonomi kukuh tahun ini dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.4 peratus, menyamai prestasi tahun lepas manakala pertumbuhan untuk 2026 diunjur berada dalam lingkungan antara 4.8 dan 6.8 peratus.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Life Water Bhd, pengeluar minuman dari Sabah menjangkakan permintaan yang lebih kukuh daripada sektor pelancongan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, disokong oleh ketibaan pelancong yang meningkat dan penggunaan yang stabil dari hotel serta kedai runcit.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd meraih keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM281.25 juta pada suku ketiga berakhir pada 30 Sept 2025 berbanding RM335.13 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM534.58 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 daripada RM500.57 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menggantung jualan singkat harian (IDSS) D&O Green Technologies Bhd untuk sepanjang hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- DRB-HICOM Bhd telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM60.62 juta untuk sembilan bulan berakhir pada 30 Sept 2025, selepas disokong oleh pengukuhan dalam sektor perbankan, automotif dan perkhidmatan.
2bulan ago
PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Sunway Malls melancarkan kempen akhir tahun bertemakan Cozy Cozy Christmas, yang menampilkan pemasangan hiasan imersif, bengkel kreatif dan aktiviti berfokuskan komuniti di semua pusat beli-belah mereka di seluruh negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah menerbitkan Sukuk Dengan Jaminan Kerajaan bernilai RM3.72 bilion serta Pembiayaan Kredit Pusingan Islam dengan Jaminan Kerajaan (GGRC-i) bernilai RM5.2 bilion sehingga 30 September 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu kepada RM234.17 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025, meningkat daripada RM183.18 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Sarawak Oil Palms Bhd (SOPB) bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 susut kepada RM110.95 juta daripada RM121.80 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia kini merupakan ekonomi digital yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara (SEA), dengan peningkatan sebanyak 19 peratus tahun ke tahun, dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak US$39 bilion (US$1=RM4.13) tahun ini.