16hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila pelabur beralih kepada aset selamat susulan amaran Presiden AS Donald Trump kepada kontraktor pertahanan, kata penganalisis.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Sektor pengguna Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada peningkatan pendapatan boleh guna susulan pelarasan gaji Fasa 2 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) selain pelaksanaan berterusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), demikian menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB).
16hari ago
PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) -- Ketidaktentuan geopolitik global termasuk ketidakstabilan harga minyak dan sumber asli melibatkan negara seperti Iran dan Venezuela, perlu diberi perhatian serius ketika Malaysia bersiap menghadapi cabaran ekonomi menjelang 2026, menurut Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan sentimen berhati-hati ketika pelabur terus memantau perkembangan terkini geopolitik dunia, termasuk hasrat Amerika Syarikat (AS) menghalang eksport minyak Venezuela.
16hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan K.Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lainnya walaupun terdapat pengumuman data ekonomi AS lebih kukuh pada lewat malam tadi.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu susulan khabar angin di pasaran bahawa Indonesia mungkin menaikkan duti eksport bagi membiayai mandat biodiesel B50, kata seorang peniaga.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun prestasinya lemah di COMEX Amerika Syarikat.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelum ini untuk ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, memperoleh 0.27 peratus pada dagangan lewat apabila minat belian kembali kepada saham wajaran tinggi terpilih.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila pasaran mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi penting AS lewat malam ini, kata seorang penganalisis.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau landskap geopolitik global dari perspektif ekonomi untuk menilai potensi impaknya terhadap pergerakan harga minyak, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
17hari ago
BANGI, 7 Jan (Bernama) -- Persidangan Ekonomi Halal Antarabangsa 2026 (IHEC 2026) menyasarkan peluang perniagaan dan penglibatan perdagangan dalam industri halal bernilai RM500 juta.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung yang normal, dalam keadaan ketiadaan pemangkin domestik baharu.