BERITA TERKINI   Permohonan fasa satu Dana Inovasi Media dibuka bermula 1 hingga 14 Jan ini - Kementerian Komunikasi | PM saran PBT elak guna orang tengah untuk pendaftaran permit perniagaan bazaar Ramadan | 

Terdapat 400 berita berdasarkan kata kunci carian " energy"

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari, Seiring Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih tinggi, menjejaki sentimen pasaran serantau yang positif ketika pelabur memantau pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) dan rundingan lanjut Malaysia bagi mendapatkan terma perdagangan yang lebih adil.

Belian Saham Perbankan Saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Harizah Hanim Mohamed & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pembelian saham perbankan ketika saat-saat akhir dagangan mendorong Bursa Malaysia ditutup di paras tertinggi harian pada Khamis, dengan indeks utama meningkat 0.48 peratus, sejajar dengan sentimen serantau yang bertambah baik.

Prestasi Bursa Malaysia Sederhana Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan prestasi sederhana apabila pelabur mencerna pengumuman terkini berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS), terutamanya berhubung Malaysia, serta penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), meskipun prestasi pasaran serantau lebih kukuh.

ChemOne Peroleh Perlindungan Insurans Islam US$350 Juta Daripada Unit ISDB

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- ChemOne Group telah memperoleh perlindungan insurans Islam sebanyak US$350 million (US$1 = RM4.23) daripada unit Islamic Development Bank (IsDB), Islamic Corporation untuk Insurans Pelaburan dan Kredit Eksport (ICIEC).

Esteel Enterprise Tingkatkan Pelaburan, Bukti Keyakinan Terhadap Ekonomi Sabah

KOTA KINABALU, 7 Julai (Bernama) -- Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd melaksanakan langkah strategik dengan meningkatkan jumlah pelaburan dan memperluas kapasiti operasi, bukti keyakinan berterusan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Sabah.

Sarawak Kunci Kepada Usaha Tenaga Hijau ASEAN – Pakar

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Segmen Grid Tenaga ASEAN (APG) yang dikaitkan dengan Sarawak sedang membentuk satu pemangkin penting dalam usaha penyahkarbonan serantau, kata seorang pakar.

Petronas Jalin Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Manfaatkan Potensi Tenaga Sabah

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), telah memeterai beberapa perjanjian utama dengan kerajaan negeri Sabah pada Persidangan & Pameran Minyak, Gas dan Tenaga Sabah (SOGCE) 2025.

Program BESS Penting Bagi Kestabilan Grid Malaysia, Kata Aurora Energy Research

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kapasiti tenaga solar Semenanjung Malaysia yang melepasi  2.5 gigawatt (GW) pada 2025 akan menyaksikan cabaran grid daripada penjanaan berselang-seli menjadi lebih ketara, demikian menurut firma perundingan dan analitik global, Aurora Energy Research.

Unit Gamuda Memeterai Perjanjian Bangun Projek Re Di Australia

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Gamuda di Australia, Gamuda Holdings Pty Ltd telah memeterai perjanjian mercu tanda dengan pemilik tanah tempatan untuk membangunkan portfolio projek tenaga boleh baharu berskala besar di Tasmania Tengah.

Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari ini, dipacu oleh aktiviti belian ketara dalam saham wajaran tinggi terpilih yang didahului kaunter utiliti dan pembinaan dalam sentimen bercampur-campur di pasaran serantau.

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan meningkat sedikit, disokong oleh aktiviti belian berterusan dalam saham-saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen optimis terhadap prospek ekonomi, kata penganalisis.