20hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki penurunan harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Permohonan Ivory Properties Group Bhd untuk melanjutkan tempoh mengemukakan pelan regularisasi untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) ditolak oleh Bursa Malaysia Securities Bhd.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) --Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini, seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Citaglobal Bhd, Citaglobal Land Sdn Bhd (CLSB) meraih kontrak bernilai RM168.88 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menaik taraf Jalan Persekutuan 3 (FT3) sepanjang 7.25 kilometer (KM) daripada laluan sehala kepada laluan dua hala.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 70 mata sehingga hari ini sejak Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dibentangkan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia) bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 merosot kepada RM99.12 juta daripada RM110.05 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- YTL Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM1.88 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM2.14 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.
20hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat untuk ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, dalam keadaan sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata peniaga.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Bintulu Port Holdings Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 menyusut kepada RM34.73 juta daripada RM39.84 juta pada suku yang sama tahun lepas.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Matrix Concepts Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM62.94 juta bagi suku pertama fiskalnya berakhir 30 Jun 2025 (S1 2026) berbanding RM60.70 juta bagi suku yang sama tahun sebelumnya.
20hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan dalam sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meningkat semula daripada penurunan semalam berikutan belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun sentimen kekal berhati-hati mengenai prospek ekonomi global, kata peniaga.