Terdapat 1554 berita berdasarkan kata kunci carian "perjanjian"

KHPT Cadang Ambil Alih Ngai Cheong Metal Industries Bernilai RM19.5 Juta

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- KHPT Holdings Bhd (KHPT) telah mencadangkan pengambilalihan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Ngai Cheong Metal Industries Sdn Bhd (NCMI) dengan pertimbangan tunai sebanyak RM19.5 juta.

Malaysia, EU Di Peringkat Akhir Meterai Perjanjian Perdagangan Bebas

Daripada Fadzli Ramli

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) kini pada peringkat akhir untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan memuktamadkan perkongsian komprehensif dalam usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dan hubungan dua hala.

KIP REIT Beli Setapak Central Bernilai RM435 Juta

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) menerusi pemegang amanahnya Pacific Trustees Bhd telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat bagi cadangan pembelian Setapak Central pada harga RM435 juta.

MATRADE Laksana Program Kepelbagaian Hadapi Ketidaktentuan Geopolitik Global

KEPALA BATAS, 26 April (Bernama) -- Strategi perdagangan Malaysia kini memberi tumpuan kepada kepelbagaian pasaran bagi mengurangkan kebergantungan terhadap mana-mana rantau tertentu, selain memperkukuh daya tahan eksport negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global.

Pasaran Getah Dijangka Alami Ketidaktentuan Dengan Aliran Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami ketidaktentuan minggu depan dengan aliran menurun sedikit berikutan kekurangan bekalan minyak mentah yang melalui Selat Hormuz, menurut pakar industri Denis Low.

Kerjasama Kukuh Teras Pacu Daya Tahan OGSE Malaysia Harungi Cabaran Global

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Keterjaminan tenaga Malaysia akan terus dipacu oleh ekosistem berdaya tahan yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, terutama penggiat perkhidmatan peralatan minyak dan gas (OGSE) yang kekal menjadi komponen penting dalam rantaian bekalan industri berkenaan.

Malaysia, Filipina Sepakat Kepentingan Komunikasi Secara Berterusan Tangani Isu Keselamatan Tenaga - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia dan Filipina bersepakat mengenai kepentingan komunikasi secara berterusan bagi kedua-dua negara dalam menangani isu keselamatan tenaga.

Kementerian Pertahanan Meterai 24 Kontrak, ICP Bernilai RM3.54 Bilion

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kementerian Pertahanan memeterai 24 kontrak dan Program Kolaborasi Industri (ICP) bernilai RM3.54 bilion di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026.

Sisa Jadi Kuasa: Laluan Baharu Tenaga Bersih Dan Hijau Malaysia

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Sisa ternakan yang selama ini dianggap sebagai beban alam sekitar berpotensi besar menjadi antara sumber tenaga bersih strategik negara, sekali gus mempercepatkan peralihan tenaga Malaysia, menurut menurut Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan sentimen pasaran lebih baik susulan laporan bahawa Iran mungkin menyertai rundingan pusingan kedua dengan Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.

Malaysia Sasar Capai Kapasiti 32 Peratus TBB Terpasang Tahun Ini - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia komited untuk mencapai sasaran sebanyak 32 peratus kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) terpasang pada tahun ini, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. 

Ketegangan Semakin Memuncak Di Asia Barat Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 20 April  (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, kata seorang peniaga.