7jam ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk 2025 pada kadar 4.2 peratus dengan potensi peningkatan sehingga 4.4 peratus.
7jam ago
PUTRAJAYA, 15 Ogos (Bernama) -- Dalam ekonomi global berdepan ketidaktentuan, prestasi Malaysia pada separuh pertama 2025 membuktikan dasar-dasar di bawah Kerangka Ekonomi MADANI menjana hasil untuk negara dan rakyat khususnya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM38.92 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2025, meningkat 3.0 peratus berbanding RM37.90 bilion dalam tempoh yang sama pada 2024.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyokong sasaran pertumbuhan eksport kasar negara pada kadar purata 5.8 peratus setahun, dengan matlamat mencapai RM2.09 trilion menjelang 2030.
8hari ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2026 akan diselaraskan dengan pelaksanaan inisiatif tahun pertama Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk memastikan hala tuju pembangunan negara bergerak seiring dengan kerangka dasar jangka masa sederhana yang telah dilancarkan sebelum ini.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Agensi pelaburan utama untuk Greater Kuala Lumpur (KL), InvestKL meraih pelaburan komited bernilai RM2.8 bilion pada separuh pertama 2025, menubuhkan lima hab serantau baharu di kawasan tersebut dan mewujudkan 1,197 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
15hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad & Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dirangka berasaskan objektif teras kerangka Ekonomi MADANI sambil mengekalkan fleksibiliti bagi mengharungi ketidaktentuan di dalam dan luar negara sepanjang lima tahun akan datang, kata seorang ahli ekonomi.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini merupakan pemangkin untuk negara mencapai aspirasi Ekonomi MADANI.
15hari ago
KUALA LUMPUR, Julai 31 (Bernama) -- Kerajaan MADANI mengorak hala tuju dasar negara dengan berani dan tuntas menerusi penggubalan kerangka Ekonomi MADANI yang berpaksikan kepada kemampanan, kesejahteraan rakyat serta tatakelola berintegriti.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara disasarkan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dari 2026 hingga 2030, diterajui permintaan domestik, terutamanya penggunaan dan pelaburan swasta.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bertujuan memacu pertumbuhan mampan berteraskan penciptaan nilai merentasi semua sektor, melibatkan pelaburan RM611 bilion bagi menjayakan pelan lima tahun itu dan RM430 bilion daripada jumlah tersebut merupakan peruntukan pembangunan daripada kerajaan.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Peningkatan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah kunci untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan berdaya saing, demikian menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).