2jam ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan harga minyak di pam tidak turun disebabkan harga pam ditentukan berdasarkan purata harga minggu lepas, bukan hari ini, meskipun harga minyak mentah global turun.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- RHB Bank Bhd sedang memperkukuh sokongannya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui rangkaian menyeluruh bantuan kewangan dan penyelesaian pembiayaan secara mampan.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Malaysia menegaskan komitmennya untuk memastikan keselamatan tenaga domestik kekal terjamin dan pada masa sama terus berperanan sebagai rakan strategik yang diyakini dalam menyokong kestabilan rantaian bekalan tenaga antarabangsa, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, selari dengan kenaikan pasaran emas di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).
5jam ago
LABUAN, 8 April (Bernama) -- Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh untuk menangani cabaran ekonomi yang menjejaskan penggiat industri di Labuan.
6jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh pada 3.97 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Rabu, apabila wujud semula optimisme selepas AS dan Iran bersetuju dengan pelan gencatan senjata konflik Asia Barat selama dua minggu.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Industri perbankan Islam Malaysia kekal berdaya tahan, disokong oleh kedudukan modal dan kecairan yang kukuh, meskipun wujud ketidaktentuan di Asia Barat, menurut Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM).
6jam ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi, dengan indeks petunjuk pasaran naik 1.16 peratus untuk ditutup hampir kepada paras 1,700, disokong oleh sentimen positif susulan berita mengenai gencatan senjata selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, yang termasuk Tehran membenarkan laluan selamat untuk kapal melalui Selat Hormuz.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pengeksport Malaysia perlu mengambil pendekatan proaktif dan adaptif untuk mendepani landskap perniagaan yang berubah disebabkan krisis Asia Barat, menurut penceramah dalam webinar anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
7jam ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, selepas dipengaruhi oleh kelemahan dalam niaga hadapan serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US, kata seorang peniaga.
8jam ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Industri takaful mencapai 60 peratus daripada sasaran bagi kerangka Hijrah27 dan berada di landasan untuk penyelesaian sepenuhnya menjelang 2027, menurut Persatuan Takaful Malaysia (MTA).