3hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- SMRT Holdings Bhd bercadang untuk memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd menjelang suku ketiga 2026.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pelaburan bernilai RM30 bilion oleh Intel Corporation dalam fasiliti pembungkusan semikonduktor termaju di Malaysia dilihat sebagai pemacu utama fasa seterusnya industri cip negara, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
9hari ago
SEPANG, 19 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports (MAHB) mencatatkan 8.9 juta pergerakan penumpang pada Februari 2026, menjadikan jumlah terkumpul setakat tahun ini kepada 18.3 juta penumpang untuk dua bulan pertama tahun ini.
11hari ago
KUALA LUMPUR,17 Mac (Bernama) -- Dalam tempoh pelaksanaan aktif agenda Pembeli Getah Utama sejak awal Januari 2026, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah membeli dan mengumpul 1,197.77 tan getah dengan nilai belian terkumpul RM3.79 juta setakat Februari.
17hari ago
SHAH ALAM, 10 Mac (Bernama) -- Invest Selangor Bhd menyasarkan untuk melepasi nilai potensi transaksi perniagaan sebanyak RM8.17 bilion tahun lalu semasa Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026, yang akan diadakan pada Oktober ini.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia dijangka tumbuh mencecah RM13.8 trilion hingga RM20 trilion menjelang 2045 selain berkembang secara organik RM5.8 trilion hingga RM6.3 trilion bagi tempoh lima tahun akan datang.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Sidang Kemuncak KL20, satu inisiatif kerajaan untuk melonjakkan negara sebagai hab ekosistem syarikat pemula 20 terbaik di dunia serta menarik syarikat pemula dan pelabur antarabangsa ke Malaysia bagi pelaburan dan pengoperasian syarikat akan diadakan pada Jun ini, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengunjurkan pertumbuhan sistem pinjaman Malaysia meningkat pada kadar 4.0 peratus kepada 5.0 peratus pada 2026, sejajar dengan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.0 peratus hingga 5.0 peratus.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran kini menjejaskan operasi lapangan terbang dan akan menimbulkan kesan jangka masa pendek yang ketara terhadap penerbangan dunia dengan agregat kos industri mungkin mencecah lebih US$1 bilion jika situasi menjadi semakin buruk.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Wasco Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 melonjak kepada RM160.54 juta berbanding RM153.04 juta pada tahun sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Kedudukan aset bagi 143 daripada 145 Agensi Persekutuan meningkat 5.5 peratus kepada RM2.838 trilion pada 2024 berbanding RM2.690 trilion bagi tahun sebelumnya, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digesa memanfaatkan kestabilan ekonomi pada masa ini, didorong pengukuhan ringgit untuk memperkukuh institusi dan menjamin pertumbuhan mampan dalam tempoh lima tahun akan datang, berbanding mengejar perkembangan pesat.