Terdapat 362 berita berdasarkan kata kunci carian " senarai"

Azizan Abdul Aziz Dilantik Pengarah Pasaran Modal Islam Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz sebagai pengarah pasaran modal Islam (ICM) berkuat kuasa pada hari ini.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini, dengan aktiviti jualan dilihat di kaunter utiliti, perkhidmatan kewangan dan teknologi.

Bursa Malaysia Diniagakan Tidak Menentu Susulan Ketegangan Di Asia Barat Dan Harga Minyak Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tidak menentu pada awal dagangan dengan sentimen pelabur berhati-hati berikutan ketidaktentuan luaran, termasuk ketegangan di Asia Barat dan harga minyak yang tinggi selepas tindakan mengejut Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya.

Industri Perbankan Gesa PMKS Terjejas Konflik Asia Barat Berhubung Bagi Dapatkan Bantuan

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Industri perbankan menggesa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas dengan konflik Asia Barat yang berterusan agar menghubungi bank masing-masing pada peringkat awal bagi meneroka jalan penyelesaian yang bersesuaian, termasuk bantuan pembayaran balik, penstrukturan semula dan sokongan modal kerja. 

Tindakan UAE Jejas Sentimen Pelabur, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal pagi Rabu dengan lebih rendah, menjejaki prestasi serantau ketika sentimen pelabur terjejas susulan laporan tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu OPEC+.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam zon positif pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi, diterajui oleh Press Metal, Telekom Malaysia dan Petronas Chemicals.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin didorong oleh minat baharu apabila Malaysia dilihat mendapat manfaat daripada peningkatan pelaburan dalam pusat data berikutan reputasinya sebagai hab yang strategik dan selamat.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan sentimen pasaran lebih baik susulan laporan bahawa Iran mungkin menyertai rundingan pusingan kedua dengan Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati walaupun terdapat kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas didorong ketidaktentuan berpanjangan di Asia Barat.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Unjuran Kukuh KDNK

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi semasa mengakhiri dagangan minggu ini dengan meneruskan momentum kenaikan, dipacu sentimen positif berikutan pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang sekali gus mengukuhkan naratif permintaan domestik yang berdaya tahan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana di kaunter berkaitan indeks utama memberi impak kepada dagangan awal, walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan semalaman.

Petronas Sahkan Bekalan Bahan Api Di Seluruh Rangkaian Stesen Sehingga Akhir Jun

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di serata negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026, lanjutan daripada unjuran sehingga akhir Mei yang dibuat sebelum ini.