BERITA TERKINI   Liga Super: JDT 4-1 Kelantan TRW FC | Super League: JDT 4-1 Kelantan TRW FC | Sepak Takraw, Judo, Olahraga, Menembak dan Muay Thai antara sukan yang cemerlang pada Sukan SEA 2025 - Ketua Pengarah MSN | Sukan SEA 2025: Selepas lapan tahun Malaysia rangkul pingat emas sepak takraw regu lelaki, tewaskan Vietnam 15-9, 15-9 | Sukan SEA 2025: 34 peratus daripada 646 muka baharu berjaya raih pingat - Ketua Pengarah MSN | 

Terdapat 87 berita berdasarkan kata kunci carian " sektor kewangan"

Bursa Malaysia Cecah Paras Tertinggi Hampir 15 Bulan Susulan Sentimen Lebih Baik Di Akhir Tahun 

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan kenaikan mendadak, melonjak ke paras tertinggi hampir 15 bulan dan melepasi paras yang tinggi sebelum ini pada 1,660.09 pada 27 Sept 2024, berikutan sentimen domestik semakin baik menjelang aliran portfolio akhir tahun.

Malaysia Pamer Ketahanan Ekonomi Kental Meskipun Berdepan Ketegangan Perdagangan - IMF

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Malaysia mempamerkan daya tahan ekonomi yang kental tahun ini meskipun berdepan ketegangan dan ketidakpastian dasar perdagangan global, disokong oleh penggunaan dan pelaburan domestik, peningkatan pekerjaan dan kitaran kukuh sektor teknologi global.

JC3 Lancar Panduan Pembiayaan Mampan Dan Peralihan

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3), yang dipengerusikan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerbitkan Panduan Pembiayaan Mampan dan Peralihan (STFG).

Naik Taraf Status Banteras Kewangan Haram Malaysia Cerminkan Usaha Menyeluruh Negara - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Langkah Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) untuk menaik taraf status Malaysia kepada status “Regular Follow-Up” iaitu kategori tertinggi di bawah proses penilaian bersama, mencerminkan komitmen dan usaha menyeluruh negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Ekonomi Malaysia, Asean+3 Kekal Berdaya Tahan Di Tengah-tengah Perpecahan Global

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3 menunjukkan daya tahan yang lebih kukuh daripada jangkaan di tengah-tengah perpecahan global, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzunisham Omar.

Pembayaran QR Rentas Sempadan ASEAN Catat 12.9 Juta Transaksi Pada Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pembayaran rentas sempadan ASEAN menggunakan sistem kod Respons Pantas (QR) mencatatkan lonjakan dengan mencapai 12.9 juta transaksi pada separuh pertama 2025, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

FBM KLCI Mulakan Minggu Ini Dengan Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan sentimen positif walaupun prestasi Wall Street bercampur-campur pada Jumaat lepas dan rendah di kebanyakan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dijangka Mendatar Minggu Depan Susulan Dasar Global, Isyarat Data Baharu

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan pergerakan mendatar minggu depan apabila kalangan pelabur menunggu pusingan perkembangan dasar global yang baharu dan data ekonomi.

Kementerian Kewangan Lantik Ahmad Hizzad Baharuddin Sebagai Pengerusi Labuan FSA

LABUAN, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) melantik Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin sebagai Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) bagi tempoh dua tahun mulai 15 Nov, 2025 hingga 14 Nov, 2027.

Sektor Perbankan Percepat Penggunaan AI Untuk Pematuhan Etika Yang Lebih Bijak

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Industri perbankan Malaysia sedang mempercepatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk memantapkan pematuhan, pengurusan risiko dan pengesanan penipuan.

BNM Teroka Penggunaan Tokenisasi, Pelawa Maklum Balas Awam

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyokong pendekatan kolaboratif bagi meneroka tokenisasi atau pengewangan token dalam usaha mewujudkan pelan hala tuju selamat serta mampan untuk pembangunan perkhidmatan kewangan bertoken di Malaysia.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi seiring dengan bursa serantau berikutan mengambil isyarat daripada prestasi semalaman di Wall Street yang mengukuh.