Terdapat 1029 berita berdasarkan kata kunci carian " sara"

BIMOffice Catat Kemunculan Pertama Kukuh Di Pasaran LEAP, Harga Cecah 26.5 Sen

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Penyenaraian pertama BIMOffice Group Bhd di Pasaran LEAP Bursa Malaysia hari ini ternyata kukuh dengan mencatat harga 26.5 sen atau menokok 11.5 sen berbanding harga rujukan 15 sen selain 40,000 saham diniagakan.

Jumlah Perdagangan Malaysia Pada Februari RM245.2 Bilion, Eksport Naik 10.8 Peratus

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM245.2 bilion pada Februari 2026 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM131.0 bilion dan RM114.2 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ringgit Dibuka Tinggi Disokong Pendekatan Pragmatik Subsidi Bahan Api

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi untuk hari keempat berturut-turut berikutan langkah kerajaan Malaysia melaksanakan pendekatan pragmatik terhadap subsidi bahan api dengan mengimbangi disiplin fiskal dan kebimbangan kos sara hidup di tengah ketegangan Asia Barat.

Untung Bersih Binastra Naik Kepada RM133.49 Juta Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Binastra Corporation Bhd meningkat kepada RM133.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2026 (TK2026) daripada RM90.26 juta pada tahun sebelumnya. 

SC Lancar FIKRALab Pacu Pembangunan Produk Pasaran Modal Islam

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melancarkan Makmal Inovasi ICM (FIKRALab) iaitu platform penciptaan bersama berstruktur serta penyelidikan dan pembangunan gunaan untuk membangunkan produk dan instrumen baharu pasaran modal Islam (ICM).

Golden Destinations Sasar Kumpul RM90 Juta Daripada IPO Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kurator pengalaman pelancongan luar negara perkhidmatan penuh, Golden Destinations Group Bhd, menyasar untuk mengumpul RM90 juta melalui tawaran awam awal (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 16 April, 2026.

Bina Masa Depan Melalui Bakat: Huawei Malaysia Perkasa 5G, AI Dan Kesalinghubungan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Seiring dengan langkah Malaysia melaksanakan rangkaian 5G untuk mengimbangi kemajuan teknologi dengan tahap kesiapsiagaan, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) meningkatkan usaha pembangunan bakat bagi menyokong pelaksanaan yang lancar dalam era digital.

Ranhill SAJ, Yes Pacu Langganan Jalur Lebar Menerusi Baucar Air Di Johor

JOHOR BAHRU, 25 Mac (Bernama) -- Ranhill SAJ bekerjasama dengan penyedia khidmat telekomunikasi Yes menawarkan isi rumah Johor dengan baucar bulanan RM10.50 yang dikreditkan ke dalam bil air selama enam bulan menerusi langganan jalur lebar terpilih.

Kenaikan Harga Petrol Tanpa Subsidi Di Malaysia Cerminkan Trend Minyak Global

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Peningkatan harga petrol tanpa subsidi baru-baru ini di Malaysia mencerminkan peningkatan harga minyak global, kata seorang penganalisis.

Di Sebalik “Force Majeure” Dan Impaknya Ke Atas Ekonomi

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- “Force Majeure” dalam bahasa Perancis merujuk kepada “kuasa besar” atau dari sudut undang-undang bermakna keadaan di luar jangka yang berlaku seperti perang di Asia Barat yang jelas di luar kawalan sesuatu pihak dan membolehkan mereka dikecualikan daripada memenuhi obligasi kontrak.

Kenaikan Harga Petrol tanpa Subsidi Di Malaysia Cerminkan Trend Minyak Global

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Peningkatan harga petrol tanpa subsidi baru-baru ini di Malaysia mencerminkan peningkatan harga minyak global, kata seorang penganalisis.

Media Sosial Pacu Pertumbuhan Pesat “Pelancongan Durian” Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) — Malaysia telah menyaksikan trend "pelancongan durian" yang semakin meningkat dengan pelawat antarabangsa terutamanya dari China, semakin banyak membuat percutian singkat dan lawatan sehari sekitar musim puncak durian dan kawasan pengeluaran terkenal yang menarik minat mereka dari segi masakan dan pengalaman.