Terdapat 63 berita berdasarkan kata kunci carian " sapura energy"

FBM KLCI Ditutup Sedikit Rendah Susulan Kurang Pemangkin Baharu

Oleh Siti Noor Afera Abu and Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan prestasi sedikit rendah pada Jumaat apabila para pelabur menantikan pemangkin baharu terutamanya rundingan perdagangan yang sedang berlangsung di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari, Seiring Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih tinggi, menjejaki sentimen pasaran serantau yang positif ketika pelabur memantau pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) dan rundingan lanjut Malaysia bagi mendapatkan terma perdagangan yang lebih adil.

Belian Saham Perbankan Saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Harizah Hanim Mohamed & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pembelian saham perbankan ketika saat-saat akhir dagangan mendorong Bursa Malaysia ditutup di paras tertinggi harian pada Khamis, dengan indeks utama meningkat 0.48 peratus, sejajar dengan sentimen serantau yang bertambah baik.

Prestasi Bursa Malaysia Sederhana Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan prestasi sederhana apabila pelabur mencerna pengumuman terkini berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS), terutamanya berhubung Malaysia, serta penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), meskipun prestasi pasaran serantau lebih kukuh.

Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari ini, dipacu oleh aktiviti belian ketara dalam saham wajaran tinggi terpilih yang didahului kaunter utiliti dan pembinaan dalam sentimen bercampur-campur di pasaran serantau.

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan meningkat sedikit, disokong oleh aktiviti belian berterusan dalam saham-saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen optimis terhadap prospek ekonomi, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Lulus Cadangan Pelan Pemulihan Sapura Energy Keluar Daripada Status PN17

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) telah meluluskan pelan pemulihan Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) untuk membolehkan syarikat itu keluar daripada status Notis Amalan 17 (PN17), selepas empat kali tempoh lanjutan tarikh akhir.

Sapura Energy Umum Shahriman Shamsuddin Letak Jawatan Sebagai Pengarah Syarikat

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Sapura Energy Bhd telah mengumumkan perletakan jawatan Datuk Shahriman Shamsuddin sebagai pengarah syarikat berkuat kuasa hari ini.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari ini kerana pembelian semasa harga murah telah diimbangi oleh sentimen berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan global yang berterusan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung 

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada peningkatan semalam apabila ditutup rendah pada hari ini, susulan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini yang juga seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih rendah, didorong oleh jualan yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam keadaan kekurangan pemangkin baharu.

Bursa Malaysia Cecah Paras Tertinggi Dalam Dua Bulan, Dipacu Pemulihan Sentimen Perdagangan

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkatnya pda Selasa, melonjak 2.32 peratus ke paras tertinggi dalam dua bulan, dipacu oleh sentimen risiko yang kembali pulih berikutan Amerika Syarikat (AS) dan China mengambil keputusan untuk meredakan ketegangan dagangan hujung minggu lepas.