1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan prestasi sederhana apabila pelabur mencerna pengumuman terkini berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS), terutamanya berhubung Malaysia, serta penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), meskipun prestasi pasaran serantau lebih kukuh.
3hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani and Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia bakal meraih manfaat besar daripada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali, Perancis dan Brazil, bukan sahaja menarik pelaburan berpotensi, malah memperluas pasaran eksport dalam kecenderungan dasar perlindungan daripada tarif Amerika Syarikat (AS) yang boleh menjejaskan perdagangan global.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd telah mengadakan beberapa siri pertemuan yang produktif dengan dana kekayaan berdaulat Perancis dan Itali untuk meneroka kerjasama rentas sempadan khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
3hari ago
RIO DE JANEIRO, 8 Julai (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil berjaya mencapai objektif yang disasarkan.
4hari ago
RIO DE JANEIRO, 6 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi mengadakan pertemuan di Rio de Janeiro pada Ahad (pagi Isnin di Malaysia).
4hari ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
RIO DE JANEIRO, 6 Julai (Bernama) -- Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi di sela-sela Sidang Kemuncak BRICS ke-17 telah menyentuh potensi perdagangan, pelaburan dan cadangan penubuhan kampus Institut Teknologi India (IIT) di Malaysia.
4hari ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
RIO DE JANEIRO, 6 Julai (Bernama) -- Malaysia akan meneliti secara menyeluruh keanggotaan dalam Bank Pembangunan Baharu (NDB) dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk komitmen diperlukan serta keberkesanan penyertaan dalam institusi itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5hari ago
Daripada Arul Rajoo Duran Raj
RIO DE JANEIRO, 6 Julai (Bernama) -- Kerajaan komited untuk memperkukuh ekosistem industri penerbangan negara dan bersedia membantu para pelabur ke arah matlamat itu.
5hari ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
RIO DE JANEIRO, 5 Julai (Bernama) -- Syarikat Malaysia perlu bersedia untuk meneroka pasaran baharu dan mencari peluang dagangan di luar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6hari ago
RIO DE JANEIRO, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Sabtu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang dianjurkan oleh Brazil.
6hari ago
Oleh Vikneswaran Raman
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menekankan tentang kepentingan multilateralisme di tengah-tengah peningkatan polarisasi landskap global serta komitmen Malaysia terhadap orde dunia yang lebih seimbang dan inklusif pada Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janeiro, Brazil.
6hari ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
PARIS, 4 Julai (Bernama) - Presiden Perancis Emmanuel Macron menyifatkan lawatan dua hari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perancis sebagai berjaya, dengan kedua-dua negara meningkatkan lagi kerjasama dalam semua sektor.