Terdapat 20 berita berdasarkan kata kunci carian " pemecut"

MYStartup Accelerator Salur RM5.5 Juta Kepada Syarikat Pemula Niaga Tempatan

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- MYStartup Accelerator, inisiatif yang diterajui oleh Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) telah memudahkan pelaburan sebanyak hampir RM5.5 juta bagi kohort kelima, sekali gus menekankan peranannya dalam mengukuhkan ekosistem syarikat pemula Malaysia dan meningkatkan kedudukan negara sebagai hab inovasi serantau.

Kementerian Digital Sasar Selaras Ekosistem Digital Di Seluruh Negara - Gobind

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Kementerian Digital sedang berusaha untuk menyatukan dan meningkatkan inisiatif merentas negeri dan agensi bagi memacu ekonomi digital di Malaysia, kata Menterinya, Gobind Singh Deo.

Lima Firma VC Dipilih Di Bawah EMP, RMI Jelawang Capital - Khazanah

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bersama anak syarikatnya, Jelawang Capital (Jelawang) hari ini mengumumkan pemilihan lima firma modal teroka (VC) pertama di bawah Program Pengurus Dana Baru Muncul (EMP) dan Inisiatif Pengurus Dana Serantau (RMI) Jelawang. 

SIDEC Sasar 30 Syarikat Sertai Retail-X 2025

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) menyasarkan sebanyak 30 syarikat daripada lima sektor utama menyertai program Retail-X 2025.

Malaysia Terjemah Kekuatan Pusat Data Kepada Manfaat Ekonomi Mampan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara, namun langkah berani selanjutnya oleh negara ini adalah dengan memastikan ledakan infrastruktur digital ini memberikan penggandaan ekonomi penting meliputi industri dan komuniti.

Malaysia, Jepun Meterai Janji Niaga Bioekonomi Hijau Bernilai RM1.34 Bilion Di Ekspo 2025 Osaka

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Jepun mencatatkan pencapaian baharu dalam perkongsian bioekonomi hijau apabila memeterai tiga perjanjian strategik bernilai RM1.34 bilion pada 12 Mei di Ekspo 2025 Osaka, Jepun.

Malaysia Semiconductor IC Design Park Perkukuh Kerjasama Dengan Brazil, AWS

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Malaysia Semiconductor IC Design Park membentuk kerjasama strategik dengan ChipInventor dari Brazil dan Amazon Web Services (AWS) menerusi sokongan Kedutaan Brazil di Malaysia melalui Program Diplomasi Inovasi, serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Brazil.

Maybank, TikTok Shop Meterai MoU Pacu Pendigitalan PKS ASEAN

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) dan TikTok Shop Malaysia memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk melancarkan Program Menambah Kemahiran dan Pendigitalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ASEAN.

Keazaman, Inovasi Dan Sokongan: Pemacu Utama Kejayaan Perniagaan Untuk Pemenang Cabaran BizSmart

Oleh Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pemenang BizSmart Challenge Accelerator Edition anjuran Alliance Bank Malaysia Bhd telah membuktikan bahawa keazaman, inovasi dan sokongan yang tepat penting untuk mengatasi cabaran perniagaan dan mencapai kejayaan yang mampan.

SME Venture@ASEAN 2025 Jangka Tarik Lebih 10,000 Pengunjung, Jana Jualan RM300 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- SME Venture@ASEAN 2025 dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung dan 300 pempamer tempatan serta antarabangsa, terutamanya dari negara anggota ASEAN dan rakan dagangan.

PMKS Perlu Capai Sasaran Sumbang 41 Peratus KDNK, Eksport 15 Peratus Tahun Ini - Ewon

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) — Sumbangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada ekonomi negara masih belum mencapai sasaran ditetapkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.