Terdapat 1270 berita berdasarkan kata kunci carian " pembuatan"

Bursa Malaysia Terus Catat Kenaikan Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan kenaikan pada tengah hari ini sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lebih kukuh berikutan belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan serta kewangan.

Syarikat Sekutu Supermax Bina Kilang Sarung Tangan Perubatan Bernilai US$50 Juta Di Brazil

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Supermax Corporation Bhd, melalui syarikat sekutunya, Supermax Brasil Importadora S/A (Supermax Brasil) akan menubuhkan kilang pembuatan sarung tangan perubatan di Paraná, Brazil, dengan komitmen pelaburan keseluruhan 250 juta Real Brazil (US$50 juta).

Pharmaniaga Peroleh Kontrak Bekal Insulin Bernilai RM281.7 Juta Dari Kementerian Kesihatan

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd, melalui anak syarikat milik penuh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) telah memperoleh kontrak pembekalan insulin kepada kemudahan penjagaan kesihatan di seluruh negara selama tiga tahun bernilai RM281.7 juta daripada Kementerian Kesihatan.

QL Resources Raih Untung Bersih Lebih Rendah Pada RM450.35 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- QL Resources Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah pada RM450.35 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2026 (TK2026) berbanding RM455.08 juta bagi tempoh sama 2025.

Unit Mudajaya Jual 45 Peratus Pegangan Dalam Real Jade Pada Harga RM118.45 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Mudajaya Group Bhd, melalui anak syarikat tidak langsung milik penuh, Xelmont Ltd, menjual 45 peratus kepentingan ekuitinya dalam Real Jade Ltd kepada Minyi Holdings Ltd (MHL) pada harga HK$234 juta (RM118.45 juta).

Untung Bersih IJM Corp Susut Kepada RM3.24 Juta, Umum Dividen Kedua Dan Khas

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IJM Corporation Bhd merosot kepada RM3.24 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (TK2026), daripada RM403.37 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

NCER Pacu Pelaburan Bernilai Tinggi Melalui Pembangunan Sempadan Malaysia-Thailand

KANGAR, 28 Mei (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sedang mempergiat pembangunan strategik kawasan sempadan Malaysia-Thailand bagi menarik pelaburan bernilai tinggi sekali gus memperkukuh kedudukan wilayah utara sebagai hab baharu rantaian bekalan global berteraskan strategi China Plus One.

Misi Perak Ke China Buka Komitmen Pelaburan Bernilai Lebih RM1.6 Bilion - Saarani

IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Misi perdagangan dan pelaburan kerajaan negeri Perak ke China selama lapan hari dari 17 Mei lepas telah membuka prospek dan komitmen pelaburan baharu bernilai lebih RM1.6 bilion melibatkan sektor teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), pusat data, tenaga hijau, automotif dan industri masa depan.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Catat Kenaikan 5.4 Peratus Pada April 2026

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 5.4 peratus pada April 2026 berbanding 1.1 peratus pada bulan sebelumnya, peningkatan tertinggi sejak Ogos 2022, terutamanya didorong oleh harga produk berkaitan petroleum dan minyak mentah yang lebih tinggi, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Malaysia Kekal Kompetitif Dalam Industri Halal Global Menerusi JAKIM – BMI

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Kredibiliti institusi Malaysia kekal menjadi kelebihan daya saing utama dalam landskap pensijilan halal global, disokong oleh sistem pensijilan halal yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diiktiraf antarabangsa, kata BMI, sebuah unit Fitch Solutions.

Singapura Kekalkan Unjuran KDNK 2026 Tumbuh Pada 2.0-4.0 Peratus

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 25 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Singapura dijangka kekal dalam julat 2.0 peratus hingga 4.0 peratus pada 2026 meskipun risiko penurunan adalah ketara susulan impak konflik Asia Barat, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.