1hari ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) – Keupayaan Malaysia berunding dengan Iran untuk mendapatkan laluan selamat bagi import minyak mentahnya melalui Selat Hormuz, bukan menunjukkan kegagalan dalam prinsip undang-undang maritim antarabangsa, sebaliknya mencerminkan realiti bahawa hak di bawah undang-undang sering memerlukan sokongan diplomatik, kata seorang pakar logistik.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- MISC Bhd tekad untuk memberi keutamaan kepada pengurusan hutang yang berdisiplin, perancangan tunai proaktif dan pengoptimuman kos pembiayaan tahun ini bagi mendepani cabaran geopolitik semasa.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Salihin Group telah menjalin kerjasama dengan Danawa Resources Sdn Bhd, Rahman Rohaida Advocates and Solicitors dan Neurogine Sdn Bhd untuk menembusi pasaran Sarawak, pada masa sama menggunakannya sebagai batu loncatan untuk pengembangan serantau dan global yang lebih luas.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) berjaya meraih tujuh anugerah inovasi antarabangsa pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2026 yang berlangsung pada 9-11 April, menerusi penyertaan dalam dua platform iaitu Public Service Innovation Asia (PSIA) dan International Innovation Awards (IIA).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memperkenalkan insentif berjumlah RM3.5 juta dalam usaha menyokong peniaga buah sawit memperoleh pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Tan Sri Rozali Ismail akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) dan bersara sebagai pengarah syarikat berkuat kuasa 30 Jun 2026.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Ringgit kekal kukuh pada paras 3.97 berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada sesi pembukaan pada Khamis, disokong oleh keyakinan pasaran yang meningkat susulan pelan gencatan senjata selama dua minggu.
9hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih rendah bagi hari keempat berturut-turut susulan pendirian pelabur yang lebih bertahan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat yang meruncing.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada tengah hari, susulan prestasi bercampur-campur di pasaran serantau berikutan ketidakpastian mengenai kesan krisis Asia Barat.
15hari ago
PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) – Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang menyemak semula beberapa rangka kerja undang-undang dan peraturan termasuk mekanisme bagi perdagangan elektrik rentas sempadan, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong kestabilan sektor tenaga dan pertumbuhan mampan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan maklumat pelanggan dan keselamatan siber pada 20 Januari 2026.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Risiko siber kekal menjadi keutamaan bagi institusi kewangan berikutan ancamannya yang semakin canggih serta memberi kesan terhadap aspek operasi, prestasi kewangan serta reputasi menjelang 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).