7hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan penetapan skop pelepasan gas rumah hijau (GHG), paras harga karbon yang sesuai, serta nilai ambang pelepasan sebagai elemen utama dalam pembentukan kerangka cukai karbon, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan garis panduan yang jelas melalui Dokumen Dasar Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan (FTFC) bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh institusi kewangan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Rakan dagang atau pengimport berhak untuk memohon pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas import buah-buahan secara terus kepada Kementerian Kewangan (MoF), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Kira-kira 200,000 lagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dijangka dikecualikan daripada e-Invois tahun depan susulan pengumuman kerajaan untuk menaikkan ambang pengecualian e-Invois kepada RM1 juta.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Produk asas insurans perubatan dan kesihatan (MHIT) yang akan diperkenalkan pada awal 2027 akan menjadi produk kendiri tanpa sebarang kaitan dengan prestasi pelaburan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Pelaksanaan penyasaran subsidi bukanlah langkah yang menambah hutang negara, sebaliknya merupakan strategi penting untuk mengurangkan liabiliti jangka panjang, menstabilkan kedudukan fiskal dan mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi Malaysia.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) merangka pelan jangka panjang bagi mengurangkan pegangan sahamnya dalam Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) secara berperingkat.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan agar Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) memperkukuhkan rangka kerja pengurusan risiko dengan melaksanakan analisis senario yang lebih mendalam terhadap kejutan pasaran bukan kewangan seperti perubahan teknologi dan geopolitik.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Jumlah pinjaman skim “Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) setakat 30 September 2025 mencecah RM4.2 bilion yang meliputi 7 juta pemegang akaun aktif dalam negara yang merangkumi 0.3 peratus daripada keseluruhan keberhutangan isi rumah Malaysia.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Sejumlah RM16 bilion telah diperuntukkan dan disalurkan ke dalam sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) di bawah Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) setakat suku ketiga (S3) 2025, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Sebanyak lima bank digital telah beroperasi dengan mencatatkan deposit berjumlah RM3.1 bilion setakat September 2025, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
22hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengutip duti eksais ke atas minuman bergula (SSB) sebanyak RM73.81 juta dari Januari sehingga November 2025, menjadikan jumlah keseluruhan hasil duti eksais ke atas SSB sebanyak RM521.35 juta, menurut Kementerian Kewangan (MoF).